Pengarang dan penginjil Lee Strobel adalah dulunya seorang atheis yang bertugas sebagai editor hal-ehwal perundangan di Chicago Tribune sebelum memulakan perjalanan untuk menguji dan menidakkan kepercayaan Kristian - usaha yang sebaliknya telah membawanya memeluk iman itu.
Strobel, yang kisah peribadinya telah diceritakan dalam filem Pure Flix, buku dan dokumentari bertajuk The Case for Christ, kini telah menerbitkan The Case for Miracles, sebuah buku penyiasatan baru yang berdasarkan fakta, temubual dan kajian untuk lebih lagi menyelidik hal-hal rohani.
"Mukjizat kebangkitan Yesus dan bukti-bukti sejarah mengenainya yang telah pada akhirnya membawa saya menemukan iman bertahun-tahun yang lalu," Strobel memberitahu Pure Flix Insider dan "The Billy Hallowell Podcast." "Tetapi rasa kurang percaya (mengenai mukjizat) masih ada pada diri saya."
Strobel berkata bahawa dia sudah lama percaya bahawa Yesus telah melakukan mukjizat seperti yang dikisahkan dalam kitab Injil. Biarpun begitu, sebelum menulis The Case for Miracles, Strobel mempunyai "perasaan bercampur aduk" mengenai samada mukjizat masih berlaku hari ini. Tambahan kepada itu, dia mempunyai rasa kurang percaya disebabkan sebilangan penipu yang telah didedahkan kerana membuat dakwaan palsu mengenai kesembuhan dan hal yang sepertinya.
"Saya berfikir... sejauh mana kesahihan dakwaan-dakwaan mukjizat pada abad yang ke-21 ini?" Strobel berkata. "Jadi itulah yang telah menggerakkan saya untuk menyiasat perkara ini."
Dia menemukan berbilang kesembuhan dan dakwaan-dakwaan lain dalam penyiasatannya, tetapi ada satu kes khususnya yang telah menggoncangkan fikirannya: kes Barbara Snyder.
Penyembuhan secara mukjizat Barbara Snyder telah terjadi lebih daripada 30 tahun yang lalu, ternyata begitu mengejutkan sehingga doktor-doktornya telah menulis mengenai perubahan kesihatannya yang kelihatan mustahil.
"Barbara Snyder telah dikenalpasti mengidap sklerosis berbilang di Mayo Clinic. Keadaannya semakin merosot melalui tempoh bertahun-tahun, beberapa pembedahan dan rawatan di hospital," Strobel menjelaskan. "Sampailah satu tahap dia sudah dekat ajal. Dan sebenarnya, seorang doktor mengatakan bahawa Barbara adalah salah satu pesakit yang paling teruk keadaannya yang pernah ditemuinya."
Akhirnya Snyder diletakkan di bawah penjagaan hospis (sebelum ajal), dengan tiada pesan untuk diselamatkan lagi; dia sudah hampir buta, tangannya dan tubuhnya sudah bengkok dan membongkok dengan teruk dan dia ada saluran di kerongkongnya untuk membantu pernafasannya dan juga saluran di perut untuk memastikan khasiat yang secukupnya. Sementara itu otot-ototnya sudah menjadi lemah dan kecil.
Keadaannya sungguh tiada harapan - sehinggalah sesuatu yang benar-benar mengejutkan terjadi.
"Pada suatu hari, salah seorang kawannya telah menelefon WMBI, yang adalah stesen radio di Chicago yang dikendalikan oleh Moody Bible Institute, dan berkata, "Doakanlah untuk Barbara. Dia sekarang di katilya hanya menanti ajal," Strobel menjelaskan. "Jadi kami tahu bahawa sekurang-kurangnya 450 orang Kristian sedang mula berdoa untuknya, sebab mereka menulis surat mengatakan, 'Kami mendoakan kamu,'"
"Anakku, Bangkitlah dan Berjalanlah"
Kemudian pada hari Ahad Pentakosta, dua daripada sahabat Barbara membacakan kepadanya surat-surat daripada mereka yang mendoakannya. Sambil Barbara mendengar, dia berkata dia terdengar satu suara lelaki datang dari satu penjuru di bilik itu - suara yang dia kini percaya adalah Tuhan.
"Suara lelaki ini yang datang dari penjuru bilik di mana tidak ada seorang pun, telah berkata, 'Anakku, bangkitlah dan berjalanlah,'" Strobel mengisahkan kembali. "Jadi dia pun melepaskan saluran dari kerongkongnya, dan berkata, 'Pergi panggil ibu bapaku,' lalu lompat dari katil."
Pelik sekali betisnya mengembang kembali, dan otot-ototnya yang dahulu sudah lemah dan mengecil mula berfungsi lagi. Kakinya dan jari-jari tangannya dengan tiba-tiba dapat diluruskan dan menjadi normal semula. Matanya yang buta juga telah disembuhkan dengan serta-merta.
"Ini adalah kesembuhan serta-merta dari segala tanda-tanda penyakitnya ke tahap di mana... 31 tahun kemudiannya dia tetap sihat sepenuhnya," kata Strobel. "Sehingga ke hari ini."
Terdapat banyak lagi kisah yang sepertinya itu.
Strobel seterusnya menjelaskan bahawa dia telah menemubual orang-orang yang kurang percaya (skeptik) dan orang-orang yang percaya, dan telah memuatkan perspektif mereka dalam The Case for Miracles. Pada penghujung projek itu, Strobel berkata bahawa dia terkejut untuk mempelajari bahawa mukjizat bukan sahaja sering terjadi, tetapi telah direkod dengan baik.
Begitu juga, rakyat Amerika berkecenderungan percaya akan kemungkinan terjadinya mukjizat.
"Cuma 15 peratus orang, menurut bancian yang telah saya jalankan, percaya bahawa mukjizat tidak mungkin terjadi hari ini," kata Strobel.
(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "The Real-Life Miracle That Absolutely Shocked This Atheist-Turned-Evangelist" yang ditulis oleh Bill Hallowell bertarikh 24 April 2018)
"Saya berfikir... sejauh mana kesahihan dakwaan-dakwaan mukjizat pada abad yang ke-21 ini?" Strobel berkata. "Jadi itulah yang telah menggerakkan saya untuk menyiasat perkara ini."
Dia menemukan berbilang kesembuhan dan dakwaan-dakwaan lain dalam penyiasatannya, tetapi ada satu kes khususnya yang telah menggoncangkan fikirannya: kes Barbara Snyder.
Penyembuhan secara mukjizat Barbara Snyder telah terjadi lebih daripada 30 tahun yang lalu, ternyata begitu mengejutkan sehingga doktor-doktornya telah menulis mengenai perubahan kesihatannya yang kelihatan mustahil.
Akhirnya Snyder diletakkan di bawah penjagaan hospis (sebelum ajal), dengan tiada pesan untuk diselamatkan lagi; dia sudah hampir buta, tangannya dan tubuhnya sudah bengkok dan membongkok dengan teruk dan dia ada saluran di kerongkongnya untuk membantu pernafasannya dan juga saluran di perut untuk memastikan khasiat yang secukupnya. Sementara itu otot-ototnya sudah menjadi lemah dan kecil.
Keadaannya sungguh tiada harapan - sehinggalah sesuatu yang benar-benar mengejutkan terjadi.
"Pada suatu hari, salah seorang kawannya telah menelefon WMBI, yang adalah stesen radio di Chicago yang dikendalikan oleh Moody Bible Institute, dan berkata, "Doakanlah untuk Barbara. Dia sekarang di katilya hanya menanti ajal," Strobel menjelaskan. "Jadi kami tahu bahawa sekurang-kurangnya 450 orang Kristian sedang mula berdoa untuknya, sebab mereka menulis surat mengatakan, 'Kami mendoakan kamu,'"
"Anakku, Bangkitlah dan Berjalanlah"
"Suara lelaki ini yang datang dari penjuru bilik di mana tidak ada seorang pun, telah berkata, 'Anakku, bangkitlah dan berjalanlah,'" Strobel mengisahkan kembali. "Jadi dia pun melepaskan saluran dari kerongkongnya, dan berkata, 'Pergi panggil ibu bapaku,' lalu lompat dari katil."
Pelik sekali betisnya mengembang kembali, dan otot-ototnya yang dahulu sudah lemah dan mengecil mula berfungsi lagi. Kakinya dan jari-jari tangannya dengan tiba-tiba dapat diluruskan dan menjadi normal semula. Matanya yang buta juga telah disembuhkan dengan serta-merta.
"Ini adalah kesembuhan serta-merta dari segala tanda-tanda penyakitnya ke tahap di mana... 31 tahun kemudiannya dia tetap sihat sepenuhnya," kata Strobel. "Sehingga ke hari ini."
Barbara Cummiskey Snyder |