Rabu, 11 April 2018

Semasa Minggu Suci, Wanita 93 Tahun Digoncangkan Dengan Mimpi Mengenai Penyeksaan dan Penyaliban Yesus


Harriet Strand adalah seorang yang pendiam mengenai imannya. Dia telah berdoa untuk menerima Kristus dengan anggota-anggota keluarga pada dua ketika pada beberapa tahun yang lepas, tetapi tidak pernah menunjukkan kesungguhan yang nyata untuk berbincang hal-hal rohani.

Pada usia 93 tahun, dan semakin hilang ingatan, dia semakin dan semakin kurang berkomunikasi. Kebanyakan responnya adalah ya atau tidak yang ringkas sahaja. Untuk mendapatkan satu ayat penuh daripadanya adalah satu kemenangan kecil.

Oleh itu anggota-anggota keluarga terkejut semasa berkumpul bersama untuk makan tengahari Easter apabila dia berkongsi selama 45 minit mengenai satu siri mimpi yang jelas dan realistik yang dialaminya semasa Minggu Suci mengenai minggu terakhir kehidupan Yesus di dunia.

Harriet semasa lebih muda

"Saya tidak pernah mendapat mimpi seperti itu," kata Harriet. "Ianya sungguh jelas dan nyata; tetapi ianya ianya bukan Technicolor, ianya hitam putih." Dikuasai perasaan sebagai seorang saksi yang sebenar, dia seringkali menangis sambil dia menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Yerusalem.   

Pengkhianatan ke atas Yesus terutamanya mengganggu Harriet dan menyebabkannya menangis. "Kawan-kawannya sendiri yang telah mengkhianatinya. Mimpi itu menunjukkan bagaimana mereka telah membohonginya," tangisnya.

Dalam ingatannya, mimpi itu kelihatan seperti sebuah filem. "Pembicaraan itu begitu jelas dan nyata sekali. Dia rasa ingin menumbuk orang-orang yang telah menipu dayakannya. Saya tidak pernah melihat sesuatu yang begitu jelas dan nyata. Watak-wataknya begitu realistik sekali."

Dia menyaksikan dengan kecewa sambil Yesus berjalan dalam perjalanan yang berliku-liku ke tempat penyalibannya. "Dia terpaksa memikul salibnya sendiri... kayu yang berat. Ianya begitu berat sehingga dia terus jatuh. Dia terjatuh beberapa kali dan dia terpaksa bangkit lagi sehingga mereka sampai ke tempat gua itu. Mereka menunjukkan gua di mana mereka mengebumikannya."

"Lelaki yang memainkan peranan (sebagai Yesus) - begitu realistik sehingga benar-benar menggoncangkan saya," tambahnya.

Sangat teruk untuknya menyaksikan kaedah zalim orang-orang Rum melaksanakan hukuman. "Begitu sekali dia menderita ketika mereka memakukannya. Saya tidak dapat percaya sesiapa akan menusukkan paku melalui tangannya. Ianya begitu realistik sehingga saya dapat rasa kesakitannya apabila mereka memakukan tangannya ke kayu salib."

"Dia berkata, 'Kenapakah kamu melakukan ini kepadaku?' Dia tergantung oleh tangannya. Itu benar-benar menggoncangkan saya. Itu terlalu dahsyat. Saya tidak ingin melihat itu."

Penyeksaannya sukar untuk disaksikan, terutama untuk ibu Yesus. "Bagaimanakah seorang manusia dapat menderita seperti itu? Dia (Maria) juga ada di situ."

"Ketika dia menyerahkan nyawanya, kepalanya tertunduk, apabila dia membuat keputusan menyerahkan nyawanya. Kamu pun tahu bagaimana dia mati di atas kayu salib, dia menundukkan kepalanya dan berkata sudah selesai, dan dia pun mati."

Mereka yang telah mengkhianatinya merasa teruk sekali. "Mereka duduk-duduk dan merasa bersalah kerana telah menyebabkannya. Itu yang menggonccangkan saya, bahawa kawan-kawanmu sendiri yang akan melakukan perkara seperti itu kepadamu. Saya sukar percaya bahawa kawan-kawannya sendiri yang telah mengkhianatinya."

Berulang-ulang kali, Hariet menyatakan kekesalannya mengenai pengkhianatan Yesus oleh kawan-kawannya.

"Kalau orang bertanya kepadanya, 'Luka apa yang ada pada badanmu itu?' Maka dia akan menjawab, 'Itulah luka yang kudapat di rumah para sahabatku.'" (Zakaria 13:6, AVB).

Anggota-anggota keluarga percaya Tuhan mungkin sedang mempersiapkan perjalanan Harriet ke syurga. "Saya bermimpi mengenainya untuk beberapa malam. Saya bermimpi mengenainya sepanjang malam. Ianya begitu jelas dan nyata. Pada usia saya, saya sudah dekat kembali kepada-Nya. Saya tahu tidak lagi banyak tahun untuk hidup."

"Yesus berkata-kata dengan saya. Saya benar-benar fikir Yesus sedang berkata-kata dengan saya. Dia sungguh baik hati." 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel God Reports bertajuk, "During Holy Week, 93-Year-Old's Dreams About Christ's Passion Leave Her Shaken" yang ditulis oleh Mark Ellis bertarikh 3 April 2018)