Khamis, 24 Mei 2018

5 Duit Syilling Yahudi Yang Amat Jarang Dijumpai Telah Ditemui Di Yerusalem

Duit syilling Yehud dari abad ke-4 Sebelum Masihi dengan gambar burung hantu Athen
dan huruf "YHD" dalam tulisan Ibrani kuno (Foto: Zachi Dvira)

Duit-duit syilling yang telah ditempa oleh wilayah autonomi Yahudi dalam Empayar Persia Pertama pada hujung abad ke-4 Sebelum Masihi, membuktikan kewujudan urusan perniagaan dan pentadbiran di dan di sekeliling Bait Suci yang Kedua dan Temple Mount; "Ini adalah duit-duit syilling pertama ditempa oleh orang-orang Yahudi," kata pengarah bersama projek itu, dengan menambah bahawa para penziarah akan menukar persepuluhan mereka kepada duit-duit syilling ini.

5 duit syilling yang amat jarang dijumpai telah ditemui semasa Projek Mencarigali Temple Mount. Duit syilling bersaiz kecil itu - tiga dalam keadaan bagus dan dua terhakis - telah terukir dengan kata "Yehud" dalam tulisan Ibrani kuno, dan adalah di antara yang pertama ditempa oleh orang-orang Yahudi. 

Duit-duit syilling itu terukir dengan huruf-huruf "YHD," atau Yehud, nama Aramaik untuk wilayah Yehud dalam Empayar Persia Pertama - lebih kurang bersamaan dengan kerajaan alkitabiah Yehuda yang terlebih tua. Duit-duit syilling itu diberi tarikh penghujung abad ke-4 Sebelum Masihi.

Duit-duit syilling itu hanya berukuran 7 milimeter garis pusatnya
(Foto: Zachi Dvira)

Menurut Zachi Dvira, yang bersama dengan Dr Gabriel Barkay mengarahkan projek itu, "Selama 150 tahun carigali arkeologi di semua tapak Yerusalem kuno, hanya lima duit syilling seperti ini pernah ditemukan. Kini kita telah menemukan lagi tiga duit syilling yang sepenuhnya, bersama dengan dua yang terhakis, kelihatannya dari siri yang sama, dan kami beranggapan bahawa kami akan menemukan lebih lagi pada masa akan datang."

Hakikat bahawa lima duit syilling seperti itu telah ditemukan di Temple Mount menunjukkan kepada kita bahawa "urusan pentadbiran terjadi di Bait Suci dan di Bukit itu."

Duit-duit syilling itu mungkin juga telah ditempa di Temple Mount, kerana "semua institusi kerajaan adalah berdekatan Temple Mount, dari mana mereka mendapat inspirasi untuk aktiviti-aktiviti mereka."

Melihat lebih dekat salah satu duit syilling itu (Foto: Zachi Dvira)

Para penziarah, Dvira jelaskan, telah membawa hasil pertama musim ke Bait Suci bermula sekitar waktu perayaan Shavuot orang-orang Yahudi, dan mereka juga akan membawa persepuluhan dan pemberian lain sebagai derma. Ayat Alkitab menyatakan bahawa barangan itu boleh ditukar kepada perak atau duit syilling pada zaman Bait Suci yang Kedua.

"Itu mungkin adalah sebab kenapa apabila duit syilling mula digunakan di Yehuda, perak adalah bahan yang paling sering digunakan," katanya.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Ynet News bertajuk, "5 Rare Jewish Coins Discovered By Temple Mount Project" yang ditulis oleh Itzchak Tessler bertarikh 21 Mei 2018)