Ahad, 27 Mei 2018

Shafie Apdal: Janji Untuk Lebih Banyak Tempat Ibadah Bukan Muslim Di Sabah Akan Ditunaikan


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri akan menunaikan janjinya untuk membantu komuniti-komuniti bukan Islam membangunkan lebih banyak tempat ibadah. 

Shafie, yang merupakan presiden Parti Warisan, berkata dia telah mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pemimpin-pemimpin agama di negeri itu untuk mengetahui aspirasi dan harapan mereka daripada kepimpinan baru itu. 

Dia menambah kerajaan negeri juga akan menunaikan janjinya untuk membantu dalam membina lebih banyak gereja di Sabah.

"Saya memberi jaminan saya bahawa kerajaan negeri akan membantu dalam pembinaan gereja.

"Kami juga akan memberi elaun kepada pastor-pastor sekiranya keadaan kewangan negeri mengizinkan," kata Shafie di Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang Sabtu lalu.

Shafie telah dijemput oleh United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) untuk berucap di persidangan tergempar perwakilan parti itu. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Shafie Apdal: Pledge For More Non-Muslims Places Of Worship In Sabah Will Be Fulfilled" bertarikh 26 Mei 2018)