Rabu, 23 Mei 2018

Berapakah Pageview Yang Saya Dapat Bila Menulis Di Blog?

(Gambar dari yoast.com)

Berapakah pageview yang saya biasa dapat bila menulis di blog?

Angkanya tidak setinggi yang anda sangka!

Setelah 7 tahun menulis di blog domba2domba, saya telah melihat beberapa artikel yang menjadi viral sehingga melebihi 50,000 pageview. Setakat ini, 9 daripada Top 10 Artikel Paling Popular di blog ini telah mencapai lebih daripada angka 50 ribu pageview. Namun begitu bukan semua artikel menjadi viral dan mencapai angka pageview yang begitu tinggi. 

Apakah angka pageview yang biasa untuk satu artikel di blog domba2domba? Saya membuat sedikit kajian dan inilah angka pageview yang diperolehi oleh artikel-artikel di blog ini:

Saya telah bahagikan analisa ini kepada 4 tahap:

Tahap 1 - Agak Popular

100 - 199 pageview:  46 artikel
200 - 499 pageview:  289 artikel
500 - 999 pageview:  304 artikel

Tahap 2 - Popular

1,000 - 1,999 pageview:  315 artikel
2,000 - 4,999 pageview:  279 artikel
5,000 - 9,999 pageview:  102 artikel

Tahap 3 - Amat Popular

10,000 - 19,999 pageview:  45 artikel
20,000 - 49,999 pageview:  26 artikel
50,000 - 99,999 pageview:  6 artikel

Tahap 4 - Teramat Popular

100,000 - 199,999 pageview:  3 artikel
200,000 - 499,999 pageview:  1 artikel

Jumlah artikel di atas 1,416.

Rumusannya: 

i) 639 artikel (atau 45 peratus daripada jumlah artikel) mencapai Tahap 1 (Agak Popular) iaitu di bawah 1,000 pageview.

ii) 696 artikel (atau 49 peratus) mencapai Tahap 2 (Popular) iaitu antara 1,000 hingga 9,999 pageview. 

iii) 81 artikel (atau hampir 6 peratus) mencapai Tahap 3 & 4 (Amat Popular dan Teramat Popular) iaitu 10,000 pageview dan ke atas 

Ringkasannya:

Setiap artikel mempunyai kekuatannya sendiri, dan juga mempunyai nilai tarikan dan sambutan yang tersendiri. Saya sendiri gembira apabila sesuatu artikel mencapai pada mulanya 100 pageview, kemudiannya 200 pageview dan kemudiannya meningkat kepada 500 pageview. Jika lebih ramai lagi orang membacanya selepas itu, ianya adalah bonus. 

Saya gembira jika sesuatu artikel mendapat beberapa ratus pageview... apa lagi jika mencapai beribu-ribu pageview (yang biasanya di luar jangkaan saya!)

Jadi janganlah sangka bahawa saya akan mendapat pageview yang beribu-ribu setiap kali menulis. Data di atas menunjukkan hampir separuh (45%) daripada artikel di blog ini mendapat kurang daripada seribu pageview. (Tapi itu juga bererti lebih separuh artikelnya, iaitu 55% mencapai lebih daripada 1,000 pageview!)

Oh ya, sebelum saya menutup kata - ada lagi 5 artikel yang mencapai kurang daripada 100 pageview - saya tidak sertakan angka dan jumlahnya dalam kiraan di atas!