Infografik The Edge Malaysia (30 April 2016) |
Separuh Daripada Rakyat Malaysia Berpendapatan Di Bawah RM2,000 Sebulan
Itu adalah kebenaran sedih mengenai begitu sedikitnya pendapatan kebanyakan orang di sini. Dulunya lebih teruk lagi. pada 2010, separuh rakyat Malaysia berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan, yang bermakna bahawa garis tengah pendapatan bulanan telah bertumbuh secara purata sebanyak 4.9% setahun dalam tempoh enam tahun lepas untuk mencapai RM2,000 pada 2016, menurut data Laporan Gaji dan Pendapatan 2016 oleh Jabatan Statistik Malaysia.
Dengan termasuknya 1.73 juta orang bukan warganegara (17.1% daripada jumlah pekerja bergaji yang didaftarkan di negara ini dengan garis tengah pendapatan RM1,200), garis tengah pendapatan untuk kesemua 10.16 juta pekerja bergaji di Malaysia jatuh kepada RM1,703 sebulan pada 2016.
Purata pendapatan kebangsaan (termasuk bukan warganegara yang berdaftar) adalah lebih tinggi pada RM2,463 sebulan pada 2016, mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan 5.4% selama enam tahun dari RM1,792 pada 2010. Untuk 8.4 juta pekerja bergaji Malaysia, purata gaji bulanan adalah RM2,657 pada 2016 berbanding RM1,936 pada 2010. Gaji purata yang lebih tinggi daripada garis tengah pendapatan menunjukkan bahawa penerima-penerima gaji tertinggi mendapat jauh lebih banyak berbanding mereka yang di bahagian separuh di bawah - walaupun butir-butir terperinci tidak diketahui kerana data tidak diberikan dalam setiap sepuluh peratus.
Secara seimbas lalu, mereka dengan pendapatan lebih rendah telah memperlihatkan purata pertumbuhan lebih tinggi dalam gaji - kemungkinan telah dibantu oleh dasar gaji minima yang dilaksanakan pada Januari 2013. Dari Julai 2016, gaji minima telah dinaikkan untuk pertama kali dari RM900 ke RM1,000 untuk Semenanjung Malaysia dan dari RM800 ke RM920 untuk Sabah dan Sarawak. Pertambahan yang kedua dijangkakan pada tahun ini, kemungkinan meningkatkan garis bawah untuk semua orang. Namun begitu, penggubal-penggubal dasar perlu melakukan lebih banyak lagi kerana itu sahaja kemungkinan tidak mencukupi untuk membantu kebanyakan orang menghadapi kos hidup yang semakin meningkat.
(Diterjemahkan daripada artikel The Edge Malaysia bertajuk, "Half Of Malaysians Earn Below RM2,000 A Month" bertarikh 30 April 2016)