Isnin, 2 Julai 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Mengikut Parti Poiitik & Negeri


Mengikut Parti Politik

PKR mempunyai wakil teramai dalam Kabinet Malaysia dengan tujuh orang Menteri dan tujuh Timbalan Menteri.

Selepas PKR, parti kedua terbesar dalam Kabinet Malaysia adalah DAP dengan enam Menteri serta enam Timbalan Menteri.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai lima Menteri dan empat Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia.

Parti Amanah Negara (Amanah) juga mempunyai lima Menteri dan empat Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia.

Baki tiga Menteri dan dua Timbalan Menteri diisi oleh wakil dari Parti Warisan Sabah.

Komposisi parti dalam Kerajaan di dalam Dewan Rakyat ketika ini adalah PKR (50), DAP (42), PPBM (13), Amanah (11) dan Warisan (8).


Mengikut Negeri


Selangor mempunyai jumlah menteri teramai, iaitu sebanyak 8 orang.

Seterusnya 5 dari Johor, 2 masing-masing dari Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan, sementara Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang setiap satu seorang menteri.

Di Malaysia Timur pula, 3 menteri berasal dari Sabah, sementara seorang dari Sarawak. 


(Sumber: artikel Astro Awani bertajuk, "PKR Mempunyai Wakil Paling Ramai Dalam Kabinet Malaysia" yang ditulis oleh Hafiz Marzukhi bertarikh 2 Julai 2018)