Selasa, 17 Julai 2018

Siapakah Gideons International? Apakah Kepercayaan Mereka?


Gideons International adalah sebuah persatuan lelaki Kristian profesional dan peniaga yang berdedikasi untuk mengedarkan Firman Tuhan di sekeliling dunia. Auxiliary of Gideons adalah isteri-isteri yang membantu pelayanan itu dengan doa dan dengan mengambil bahagian dalam banyak fungsi Gideons, termasuk perletakan Alkitab. Dengan menyediakan Alkitab di sekeliling dunia, Gideons percaya bahawa Tuhan akan menggunakan Firman-Nya untuk membawa pertambahan kepada Kerajaan-Nya.

Ibu pejabat Gideons International di Nashville, Tennessee

Ibu pejabat Gideons International adalah di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, tetapi setiap Gideon ditempatkan dalam kumpulan tempatan yang dipanggil "kem". Kem-kem biasanya bertemu seminggu sekali untuk doa dan sarapan dan sebulan sekali untuk pendidikan dan perancangan. Ahli-ahli mendorong satu dengan lain dalam penginjilan peribadi dan dalam matlamat besar mereka untuk membawa lelaki dan wanita, dewasa dan remaja, dalam pengetahuan yang menyelamatkan dan penerimaan Yesus Kristus sebagai Juruselamat.

Pertubuhan Gideons telah bermula pada 1899 oleh dua jurujual dengan hati untuk penginjilan. Mereka kemudiannya meletakkan matlamat untuk meletakkan sebuah Alkitab dalam setiap bilik hotel di Amerika Syarikat mulai dari tahun 1908. Daripada asal-usul itu telah bertumbuh organisasi yang lebih daripada 300,000 lelaki dan wanita di 195 negara yang memberikan Alkitab atau Perjanjian Baru dalam lebih sembilan puluh bahasa. Dalam 105 tahun pertama mereka, Gideons telah memberikan 1.8 billion naskah Firman Tuhan.

Alkitab diletakkan di bilik-bilik hotel.

Gideons terdiri daripada orang-orang awam (bukan pastor) yang adalah ahli-ahli yang mempunyai reputasi baik di sesebuah gereja evangelikal atau Protestan. Secara asasnya, mereka mewakili gereja-gereja tempatan mereka sebagai misionari yang tujuan tunggalnya adalah untuk memenangkan jiwa-jiwa sesat dengan membekalkan mereka Firman Tuhan. Pada hari ini, mereka mengedarkan lebih sejuta Kitab Suci di sekeliling dunia pada setiap minggu - itu adalah lebih dari dua naskah setiap saat. Alkitab yang lengkap diletakkan di hotel dan motel, dan Perjanjian Baru dibekalkan kepada sekolah menengah, kolej, penjara  hospital, rumah penjagaan warga tua, kem tentera, pejabat doktor, dan balai bomba - semuanya tanpa bayaran kepada mereka yang menerimanya. 

Naskah-naskah Perjanjian Baru diedarkan kepada mereka yang memerlukannya

Gereja-gereja menyokong Gideons menerusi doa, dengan sebahagian ahli-ahli mereka berkhidmat sebagai Gideons dan anggota-anggota Auxiliary, dan dengan membayar untuk Alkitab-Alkitab itu. Semua sumbangan derma kepada Gideons itu akan disalurkan kepada pencetakan dan pengangkutan Alkitab - banyak ke negara-negara di mana misionari secara tradisi tidak dapat pergi. Dalam empat puluh lapan daripada negara-negara di mana Gideons telah ditubuhkan, rakyat berhempas pulas untuk menyara hidup; mereka tidak akan dapat memiliki Alkitab tanpa bantuan.


Gideons percaya dan mengajar ajaran asas doktrin tradisi Kristian, dan Perjanjian Baru yang mereka edarkan mempunyai dua mukasurat di bahagian belakang khusus untuk menjelaskan mengenai Injil dan bagaimana untuk diselamatkan. Kenyataan doktrin mereka dan maklumat lanjut mengenai Gideons boleh diperolehi daripada laman web mereka

Mukasurat belakang Perjanjian baru Gideon

(Diterjemahkan daripada artikel Got Questions bertajuk, "Who Are The Gideons International, And What Do They Believe?")