Sabtu, 25 Ogos 2018

Scott Morrison, Perdana Menteri Baharu Australia - Seorang Kristian Yang Sering Ke Gereja


Scott Morrison adalah Perdana Menteri Pentakosta pertama, satu cabang Kristian yang terkenal dengan perhimpunan-perhimpunan bersaiz stadium dan khutbah-khutbah yang bertenaga.

Untuk lebih daripada sedekad, dia dan keluarganya telah menjadi anggota Gereja Horizon di Sutherland, Sydney selatan, yang berhimpun di sebuah auditorium yang memuatkan 1,200 kerusi. 

Horizon adalah gereja Kristian Pentakosta di mana pastor-pastornya memberikan khutbah-khutbah yang bersemangat, dan pengikut-pengikutnya kadangkala berbahasa roh dan melakukan 'penyembuhan ilahi'. 

Pastor Senior Gereja Horizon, Brad Bonhomme berkata Encik Morrison dan isterinya, Jenny, dan anak-anak perempuan mereka, Lily dan Abigail sering ada di gereja pada hari Ahad, di mana lebih daripada 2,000 orang menghadiri kebaktian-kebaktian. 

Baru-baru ini, kerja telah menghalang kekerapan kehadiran Encik Morrison pada hari Ahad, namun begitu, isteri dan anak-anak perempuannya sangat terlibat dalam program kanak-kanak di gereja.

Scott Morrison dan isterinya Jenny, dengan anak-anak perempuan, Abigail dan Lily

Pasangan Morrison itu telah bertemu di gereja sewaktu remaja dan telah berkahwin pada usia 21 tahun. 

Pastor Bonhomme berkata bahawa gereja tidak mengambil bahagian dalam pentabiran negara atau dasar Parti Liberal. 

"Malangnya akan ada sebilangan orang akan berfikir bahawa apa pun perubahan arah tuju dasar Parti Liberal yang mungkin diambil oleh Parti Liberal, ada sebilangan orang yang akan mengandaikan bahawa saya atau gereja kami terlibat di dalamnya," katanya. "Itu sama sekali tidak benar."

"Sejauh berkenaan pertumbuhan gereja, mungkin ada orang yang akan suka apa yang mereka lihat dan apa  yang sedang terjadi, sejauh berkenaan Parti Liberal, kami tidak ada penglibatan dalam penggubalan dasar mereka dan keputusan yang diambil oleh mereka."

Auditorium Gereja Horizon

Pastor Bonhomme berkata dia dan isterinya, yang juga seorang pastor senior di Horizon, mempunyai hubungan yang baik dengan pasangan Morrison.

Pastor Bonhomme, yang berasal dari Afrika Selatan, yang "tahu kari yang bagus bila dia merasakannya", berkata Encik Morrison terkenal untuk kari yang dibuatnya bagi kawan-kawan di rumahnya.

"Saya tidak mendalami sangat dunia politik Scott, peranan saya dalam hidupnya adalah berkenaan soal iman," katanya.

"Ya, PM kita adalah Kristian, dia selalu pergi ke gereja dan dengan itu tugas saya adalah untuk menyediakan ruangan baginya mengekspresikan imannya."

Pastor itu berkata dia dan jemaat gereja sangat gembira bahawa seorang daripada mereka sedang memegang jawatan tertinggi negara.

"Kami teruja, kami begitu teruja dan bersyukur dan insaf pada waktu yang sama. Ada rasa tanggungjawab juga dan kami ingin lakukan yang terbaik. Dari perspektif kami, kami ingin lakukan segala yang kami dapat untuk mewakili dengan baik perdana menteri kami," katanya.

"Kami sedikit lebih rancak, sedikit lebih bertempo tinggi daripada sebuah gereja tradisional. Mesejnya adalah sama - kasih, keadilan, penjagaan - bagaimanapun penyampaiannya mungkin lebih kuat, sedikit lebih bertempo tinggi dan jauh lebih banyak pemuzik. Saya boleh katakan bahawa kami bersemangat dengan cara kami mengongsikan kepercayaan kami."


Encik Morrison, seorang bekas bendahari dan menteri untuk perkhidmatan sosial, menteri imigresen dan keselamatan sempadan, telah bersifat terbuka mengenai imannya.

Dia seorang penentang perkahwinan sama jantina (perkahwinan sama jantina tidak berlaku di Gereja Horizon) dan telah dikritik oleh pelbagai pihak untuk pendirian tegasnya terhadap pemohon-pemohon suaka.

Dalam ucapan sulungnya di parlimen pada 2008 Encik Morrison telah berterima kasih kepada pastor-pastor Hillsong Brian Houston dan Leigh Cameron untuk "bantuan besar" mereka (dalam pertumbuhan imannya). Hillsong, seperti Horizon, adalah gereja mega Pentakosta. Ianya telah diasaskan oleh Houston dan isterinya Bobbie di Sydney pada 1983, dan mendakwa menarik kunjungan 100,000 orang di sekeliling dunia pada setiap minggu.

"Membesar dalam keluarga Kristian, saya membuat komitmen kepada iman saya pada usia yang muda," kata Encik Morrison dalam ucapan sulungnya. "Iman peribadi saya pada Yesus Kristus bukanlah suatu agenda politik.

"Kebelakangan ini telah menjadi popular untuk mengecap secara negatif orang-orang yang mengamalkan iman mereka dalam perkhidmatan awam sebagai 'ekstrim' dan untuk mencadangkan bahawa iman seperti itu tidak bertempat dalam perbahasan politik negara ini.

"Australia bukanlah negara sekular - ianya adalah negara bebas. Ini adalah negara di mana anda mempunyai kebebasan untuk mengikuti mana-mana sistem kepercayaan yang anda pilih. Sekularisme hanyalah satu daripadanya. Ianya tidak mempunyai hak lebih tinggi daripada yang lain dalam masyarakat kita."

Hillsong, dan dengan itu Kristian Pentakosta, telah lama diperhatikan oleh Parti Liberal.

Pada 2005, Ketua Menteri NSW Bob Carr, Bendahari Peter Costello dan menteri-menteri persekutuan Kevin Andrews, Alexander Downer dan Peter Dutton telah menghadiri konferensi tahunan Hillsong di Sydney Superdome, bersama dengan 20,000 orang.

(Diterjemah daripada artikel The Sydney Morning Herald bertajuk, "The Pentecostal Prime Minister: Inside Scott Morrison's Church" yang ditulis oleh Anthony Colangelo bertarikh 25 Ogos 2018)