Selasa, 18 September 2018

"Suaranya Lebih Merdu" - Kesaksian Daripada Welyar Kauntu

Pendeta Welyar Kauntu

Kesaksian daripada Pdt Welyar Kauntu (komposer ‘Walau Seribu Rebah’, dan banyak lagi) yang sangat berkesan dalam batin saya dan mempengaruhi cara saya menyembah Tuhan…

Beliau bercerita dalam satu kunjungan ke rumah anak-anak yatim, ketika pujian penyembahan dinaikkan, beliau memainkan gitar dan menaikkan suatu pujian bersama-sama kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut. 

Tapi Tuhan menyuruh beliau untuk memperhatikan seorang anak di penjuru bilik yang sedang berusaha ikut menyembah Tuhan. Anak ini gagu, bicaranya tidak jelas, mungkin menderita bisu tuli. 

Kalimatnya……..hanya terdengar seperti kumpulan huruf vokal saja tanpa konsonan “aaa…uuua …iiiiaaa…aauu.” dengan nada yang tinggi habis.

Tapi dia menyanyi segenap hati, bahkan airmata pun menetes membasahi wajahnya.

Saat itu Tuhan berbicara kepada Pdt Welyar Kauntu….

”Di telinga-Ku apa yang anak ini nyanyikan sangat merdu sekali, jauh lebih merdu dari apa yang engkau nyanyikan”. Bagi manusia, perkataan anak itu tidak dapat dimengerti.

Tapi Tuhan sangat mengerti… setiap kata-katanya

Di telinga manusia anak ini teruk sekali nyanyiannya dan tidak ada merdu-merdunya sama sekali.

Di telinga Tuhan suara anak ini merdu sekali. Kerana dia menyanyi dengan HATInya

Tuhan tidak melihat seperti apa yang manusia melihat 

Mari kita belajar memandang seperti Tuhan memandang.

Bagi Tuhan, ‘HATI’ itu adalah segalanya. Bukan luarannya. Oleh sebab itu mari kita menjaga hati kita dengan segala kewaspadaan, kerana dari situlah terpancar kehidupan. (Amsal 4:23)

(Dialihbahasakan daripada artikel Callista Blog bertarikh 25 November 2012)