Jumaat, 14 September 2018

Tahukah Anda... Jumlah Penduduk Malaysia Pada 2018?


Pada 2018, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.1 peratus.

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi tahun 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

Peratusan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) pada 2018 menurun daripada 24.1 peratus pada 2017 kepada 23.8 peratus. Manakala peratusan penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2017 kepada 69.7 peratus pada 2018. Peratusan penduduk 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 6.3 peratus kepada 6.5 peratus bagi tempoh yang sama. 

Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua memberi kesan kepada peningkatan umur penengah pada 2018 iaitu 28.6 tahun.


Untuk kategori Penduduk Warganegara mengikut Kumpulan Etnik, etnik Bumiputera telah mencatatkan peningkatan 0.3 mata peratus pada 2018 berbanding dengan 2017. Etnik Cina telah mencatat penurunan 0.2 peratus dan etnik India mencatat penurunan 0.1 peratus pada 2018 berbanding tahun sebelumnya. 

(Diambil daripada catitan Facebook Department of Statistics, Malaysia bertarikh 31 Julai 2018)