Khamis, 6 September 2018

"Unbroken: Path To Redemption" Meneruskan Kisah Louis Zamperini Di Pawagam September Ini


Pada tahun 2014, Hollywood mendapat pandangan pertama daripada hidup yang mengkagumkan peserta Olimpik dan wira Perang Dunia II, Louis Zamperini - tetapi Unbroken tidak menceritakan seluruh kisahnya.

Kini filem, Unbroken: Path to Redemption akan memaparkan kepada penonton-penonton wayang pergelutan-pergelutan yang dihadapi Zamperini selepas perang - termasuk masalah dalam rumahtangga dan alkoholisme - dan bagaimana suatu malam di Rapat Penginjilan Billy Graham telah mengubah hidupnya untuk selamanya.

Filem susulan, yang diarahkan oleh Harold Cronk, pembikin filem God's Not Dead, akan menunjukkan unsur iman - termasuk juga pengisahan Rapat Penginjilan Los Angeles 1949 di mana Zamperini telah menyerahkan hidupnya kepada Kristus.

Billy Graham yang telah meninggal dunia pada Februari lalu, telah dilakonkan dalam filem itu oleh cucunya, Will Graham.

Will Graham, cucu Billy Graham memainkan peranan sebagai Billy Graham dalam filem ini

Setelah Zamperini menyerahkan hidupnya kepada Kristus, dia seterusnya mengongsikan imannya di beberapa rapat penginjilan Billy Graham dan telah menjalin persahabatan dengan Encik Graham sehingga kematian Zamperini pada 2 Julai 2014.

Walaupun Zamperini pertama kali bertemu dengan Billy Graham pada 1949, perhubungan di antara dua peribadi itu bertumbuh selepas Encik Graham membaca kisah Zamperini dalam Unbroken, buku bestseller 2010 Laura Hillenbrand yang telah menjadi asas untuk kedua filem itu.

"Kisah dengan Billy Graham itu adalah mukjizat yang mengkagumkan dengan cara bagaimana ianya telah bermula," Zamperini pernah berkata. "Bagaimana ianya telah tersebar. Saya hanya seorang yang telah diselamatkan, dan saya telah berucap kepada ratusan ribu orang dan kesaksian saya telah dicetak dan dibaca oleh jutaan orang. Dari seorang sahaja! Fikirkan sahaja kesan seperti jaringan labah-labah di seluruh dunia."


Unbroken: Path to Redemption adalah kesempatan yang hebat untuk membawa kawan-kawan dan keluarga yang belum mengenal Kristus bersama anda untuk melihat Injil dikisahkan melalui suatu kisah menarik mengenai kasih karunia yang menakjubkan.


(Diterjemah daripada artikel Billy Graham Evangelistic Association bertajuk, "'Unbroken: Path to Redemption' Continues Louis Zamperini's Story In Theaters This Fall'" bertarikh 21 Mac 2018)