Teresa Kok menandatangani ikrar perangi rasuah sambil diperhatikan oleh Leow, Yeoh dan Baru |
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik Kristian dan pemimpin-pemimpin gereja telah berikrar untuk memerangi rasuah dan berlaku adil.
Ahli-ahli parlimen itu termasuklah Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Industri Utama Teresa Kok, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim.
Ahli-ahli parlimen itu dan pemimpin-pemimpin gereja telah menandatangani ikrar dalam pertemuan doa untuk wakil rakyat di Royal Lake Club semalam.
Liew berkata bahawa hari terakhir untuk ahli-ahli parlimen untuk menfailkan pengisytiharan aset mereka adalah hari ini dan bahawa aset mereka akan diumumkan kepada awam pada 1 November.
"Itulah caranya kita mengukur rasuah, terutama mereka yang memegang jawatan awam.
"Ikrar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bersifat telus dan bertanggungjawab," kata menteri yang bertanggungjawab atas undang-undang itu.
Baru berkata ahli-ahli parlimen Kristian harus berpegang pada kelakuan benar dalam kerja mereka.
"Dalam taklimat dan ucapan pertama saya kepada kakitangan kementrian saya, saya berkata, "Anda semua kenal saya, saya seorang Kristian, dan saya mahu beritahu anda bahawa apa pun yang anda lakukan secara sendiri, ingat bahawa Tuhan sedang melihat'," katanya.
Juga hadir adalah pengerusi Oriental Hearts and Mind Study Institute, Dr K.J. John dan Uskup Besar Katolik Kuala Lumpur, Reverend Julian Leow yang juga adalah pengerusi Christian Federation of Malaysia.
Leow menggesa ahli-ahli politik dan mereka yang di dalam kerajaan untuk menciptakan "politik baru" yang akan berusaha ke arah kebajikan semua orang dalam negara.
"Kepada kerajaan masa kini, godaan yang dihadapi adalah untuk menyalahkan pentadbiran sebelumnya.
"Kita sedar mengenai salah laku masa lampau tetapi anda sekarang bukan lagi pihak pembangkang.
"Anda sekarang di pihak pemerintahan," katanya.
Dia berkata Malaysia yang lebih kukuh dan adil diperlukan, memandangkan cabaran-cabaran seperti hutang negara dan kemelesetan ekonomi global yang mendatang.
(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Christian Lawmakers Pledge To Combat Graft" bertarikh 31 Oktober 2018)
(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Christian Lawmakers Pledge To Combat Graft" bertarikh 31 Oktober 2018)