Isnin, 29 Oktober 2018

Potret Yesus Secara Ajaib Terselamat Daripada Kebakaran Gereja Berusia 150 Tahun


Satu lukisan yang menggambarkan Yesus Kristus telah terselamat daripada kebakaran selepas sebuah gereja berusia 150 tahun mengalami kerosakan teruk selepas kilat menyebabkan bangunan itu tebakar.

Kilat menyambar menara gereja setinggi 180 kaki First Baptist Church di Wakefield, Massachuchetts pada Rabu malam ketika ribut kuat melanda kawasan itu, menyebabkan gereja itu terbakar dan hampir membakarnya sampai ke tanah menjelang pagi, begitu dilaporkan WCVB, rakan sekutu ABC Boston.

Foto-foto menunjukkan bumbung bangunan hampir terbakar sepenuhnya. Kebanyakan benda-benda dalam gereja itu, yang merupakan tempat perjumpaan masyarakat dan sebuah tadika, telah musnah, termasuklah "banyak alat muzik yang cantik" penyelia gereja, Melinda Parry memberitahu WCVB.


Tetapi tidak semuanya musnah. Sebuah potret besar Yesus Kristus dengan latarbelakang awan dan langit biru terselamat dari kebakaran tanpa apa-apa kerosakan.

Video yang ditayangkan oleh WCVB menunjukkan seorang ahli bomba mengangkat lukisan yang tidak terganggu itu dari tapak yang dikelilingi abu dan jelaga.

Lukisan yang terselamat itu mungkin adalan lambang iman dan kerohanian, pastor First Baptist Church, Norm Bendroth memberitahu WCVB.

"Iman kami adalah iman pengharapan dan kebangkitan," dia memberitahu stesen tempatan itu. "Kami percaya kami akan bangkit dari abu, dan sukacita datang menjelang pagi."

Kebakaran itu telah menggerakkan usaha penyelamatan kecemasan besar-besaran bomba dan telah mengakibatkan kerosakan lebih daripada $1 juta. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel ABC News bertajuk, "Painting of Jesus Christ Miraculously Survives Fire That Destroyed 150 Year-Old Church" yang ditulis oleh Julia Jacobo bertarikh 25 Oktober 2018)