Isnin, 24 Disember 2018

Sultan Johor Teruskan Tradisi Ucapan Perayaan Di Facebook Dengan Mesej Krismas


JOHOR BARU, 24 Dis - Pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengucapkan semua orang Kristian menjelang perayaan hari esok.

Dalam pos rasmi Facebooknya, mesej perayaan Sultan Ibrahim disertai foto berbingkai baginda dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Mesej itu, yang juga mewakili keluarga di raja Johor, berbunyi: "Mengucapkan semua rakyat Johor yang merayakan Krismas kasih, sukacita dan damai sejahtera serta waktu yang indah bersama keluarga dan sahabat handai."

Ianya telah diposkan pada 8 malam semalam dan sejak itu telah mendapat lebih daripada 3,700 reaksi, 150 komen dan 900 kongsian sehingga tengahari tadi.

Dalam masa beberapa tahun terakhir, pemerintah Johor yang berusia 60 tahun itu telah dikenali memposkan ucapan rasmi perayaan dan keagamaan kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang di laman Facebook rasminya. 

Kedua-dua Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah telah sering menekankan pentingnya toleransi agama dan budaya di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan rakyat Johor. 

(Diterjemah daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Johor Sultan Keeps Up Facebook Festive Greeting Tradition With Christmas Message" yang ditulis oleh Ben Tan bertarikh 24 Disember 2018)