Khamis, 14 Mac 2019

BEM On the Rock Akan Anjurkan Rapat Umum Kebangunan Rohani Selama Dua Malam


MIRI: Borneo Evangelical Mission (BEM) On the Rock akan menganjurkan Rapat Kebangunan Rohani Kristian selama dua malam iaitu pada hari ini (14 Mac) dan esok di Eastwood Valley Golf dan Country Club di sini. 

Dua pengkhutbah terkenal dari Indonesia - Pastor Gilbert Lumoindong dan Pastor Dr Deddy Goandys - telah diundang untuk berkhutbah di acara itu. 

"Kami menjangka ramai orang akan menghadirinya sebab dua pengkhutbah itu tidak asing lagi kepada gereja-gereja di sini."

"Pelbagai aktiviti telah diatur khusus untuk dua malam itu, seperti Pujian dan Penyembahan yang dipimpin oleh pasukan penyembahan gereja yanng dikenali sebagai Rock Waves, persembahan tarian oleh pemuda-pemudi dan kemunculan khas oleh seorang penyanyi injil Indonesia, Rando Sembiring yang telah memenangi beberapa pertandingan di Radio Nasional Indonesia pada tahun-tahun sebelum ini," kata pengerusi penganjur, Petrus Lasong. 


Suatu seminar "Keluarga Bahagia" yang memberi tumpuan kepada ibubapa-ibubapa akan diadakan pada sebelah pagi di gereja pada 15 dan 16 Mac bermula dari pukul 9 pagi. Kemasukan ke seminar adalah percuma.

Sementara itu, seorang senior pastor Andy Anyi berkata kemuncak kepada acara itu adalah ulang tahun gereja yang ke-17 yang akan diadakan di gereja itu pada hari Sabtu. 

"Semua orang dijemput datang untuk merayakan kasih dan kesetiaan Tuhan yang begitu besar," tambahya.

(Diterjemahkan daripada laporan berita dari Facebook BEM On The Rock bertarikh 14 Mac 2019)