John Bevere berkata sebahagian kekeliruan teologia mengenai berbahasa roh dapat dijelaskan dengan pemahaman bahawa terdapat empat jenis bahasa roh.
"Penjanjian Baru mengatakan mengenai empat jenis bahasa roh," Bevere berkata. "... Dua daripada bahasa roh itu adalah untuk pelayanan awam. Apakah maksud saya mengenai pelayanan awam? Itu adalah pelayanan di mana anda sedang melayani seseorang atau sekumpulan orang. Dua lagi adalah untuk kegunaan peribadi."
"Dua daripada bahasa roh itu adalah untuk pelayanan awam. Dua lagi adalah untuk kegunaan peribadi. "
Dia berkata empat jenis termasuklah bahasa roh yang adalah tanda, bahasa roh yang diberikan untuk ditafsirkan, bahasa roh untuk doa peribadi dan bahasa roh untuk doa syafaat. Dia menjelaskan setiap kategori dengan lebih terperinci dalam pengajaran video berikut:
1. Bahasa Roh Yang Adalah Tanda
Bacalah 1 Kor 14:22, "Kerana itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk
orang yang beriman, tetapi untuk orang yang tidak beriman." Apakah ertinya bahasa roh itu adalah tanda bagi orang yang tidak beriman? Saya berikan satu contoh untuk menjelaskannya. Pada suatu ketika saya sedang berkhutbah di sini di Colorado Springs. Salah seorang daripada kakitangan pelayanan kami sedang duduk di bahgian belakang gereja. Semasa saya berkhutbah, dia berfikir bahawa dia sedang berdoa dalam bahasa roh. Sepanjang waktu saya berkhutbah, dia merasa dorongan dalam dirinya untuk berdoa dalam bahasa roh.
Selepas kebaktian berakhir, seorang lelaki berdiri, yang berada di beberapa baris di hadapannya. Lelaki itu berpaling dan berkata kepadanya, "Bahasa Perancis kamu sempurna. Bukan sahaja kamu bertutur bahasa Perancis dengan sempurna tetapi dengan loghat yang sempurna dari bahasa Perancis kuno." Lelaki itu menambah, "Saya guru bahasa Perancis dan tak pernah bertemu dengan sesiapapun yang dapat bertutur dengan sebagus kamu."
Pelayan itu berkata, "Saya tidak tahu bertutur bahasa Perancis." Lelaki itu berkata, "Kamu bergurau." Pelayan kami menjawab lagi, "Saya tidak tahu bertutur bahasa Perancis. Saya hanya boleh berkata sepatah dua kata tetapi itu saja." Lelaki itu berkata, "Kamu tadi bertutur dengan sempurna sekali."
Itu adalah tanda untuk lelaki itu.
Lelaki itu terus memandang pelayan itu dan berkata, "Bukan itu saja, kamu sedang menyebut dalam bahasa Perancis ayat-ayat Alkitab dan selepas itu pengkhutbah di depan akan berkata lihatlah dalam Alkitab kepada ayat itu. Kamu menyebutkan ayat itu sebelum pengkhutbah mengatakannya."
Itu adalah tanda untuk lelaki itu.
Itulah jenis bahasa roh yang telah dinyatakan pada Hari Pentakosta. Murid-murid Yesus ketika itu tidak terlatih dan tidak terpelajar tetapi mereka telah berkata dengan sempurna dalam bahasa-bahasa orang-orang Yahudi yang datang dari merata dunia.
Itu adalah tanda untuk mereka. "Wah alangkah hairannya, orang-orang ini tidak terpelajar dan tidak pernah belajar bahasa saya sedang bercakap dengan sempurna bahasa saya mengenai pekerjaan ajaib Tuhan." Itu adalah tanda dan mereka diselamatkan.
Itulah bahasa roh sebagai tanda.
Marilah kita lihat jenis bahasa roh yang seterusnya...