Khamis, 23 Mei 2019

John Bevere: 4 Jenis Bahasa Roh Dalam Alkitab (Bahagian 3)


(Sambungan dari Bahagian 2)

Oleh John Bevere:

Jenis yang ketiganya adalah bahasa roh untuk doa peribadi

3. Bahasa Roh Untuk Doa Peribadi

Paulus mengatakan dalam 1 Korintus 14:4-15, "Sebab jika aku berdoa dengan bahasa roh, maka rohkulah yang berdoa, tetapi akal budiku tidak turut berdoa. Jadi apakah yang harus kubuat? Aku akan berdoa dengan rohku, tetapi aku akan berdoa juga dengan akal budiku, aku akan menyanyi dan memuji dengan rohku, tetapi aku akan menyanyi dan memuji dengan akal budiku."

Apakah kesimpulan yang dibuat oleh Paulus? Dia berkata aku akan berdoa, bukannya berkata-kata kepada jemaat. Katanya, aku akan berdoa dengan rohku, aku juga akan bedoa dengan akal budiku (iaitu bahasa yang difahaminya). Aku akan menyanyi dengan rohku, tetapi aku akan menyanyi juga dengan akal budiku (itu dalam bahasa yang difahaminya).

Jadi apa yang Paulus lakukan di sini ialah dia mengenal pastikan bahasa roh sebagai bahasa doa. Sebabnya adalah dia mengatakan mengenai ini dalam 1 Korintus 14:2, "Siapa yang berkata-kata dalam bahasa roh, tidak berkata-kata dengan manusia, tetapi kepada Allah."


Tetapi lihat sebentar, dua bahasa roh sebelum ini yang bersifat awam adalah berkata-kata kepada manusia. Apabila lelaki itu berkata-kata dalam bahasa roh di Singapura, walaupun ianya dalam bahasa syurgawi, dia sedang mengatakan mesej Allah kepada kami, jemaat di situ dan dengan mentafsirkannya, dia sedang berkta-kata kepada kami. Apabila para rasul pada hari Pentakosta, berkata dalam bahasa roh sebagai tanda, mereka sedang berkata-kata kepada orang-orang di situ mengenai pekerjaan Allah yang ajaib 

Paulus mengatakan di sini, apabila anda berdoa dalam bahasa roh, anda bukan berkata-kata dengan manusia, anda sebenarnya sedang berkata-kata dengan Allah. 

Itulah bahasa roh sebagai bahasa doa. 

Apabila kita berkata-kata dalam salah satu bahasa roh yang awam itu, kita sedang berkata-kata kepada orang-orang tidak beriman bahasa roh sebagai tanda, atau kepada gereja bahasa roh untuk ditafsirkan. Tetapi apabila kita berdoa dalam bahasa roh, kita berkata-kata kepada Tuhan, bukan lagi manusia.

Perhatikan apa yang Yudas katakan (Yudas 20): "Akan tetapi kamu, saudara-saudaraku yang kekasih, bangunlah dirimu sendiri di atas dasar imanmu yang paling suci dan berdoalah dengan Roh Kudus." Itulah sebabnya setiap orang beriman harus berdoa dalam bahasa roh.



Sekarang biarlah saya buat satu kenyataan. Orang akan katakan, "Baiklah John, adakah bukti bahawa saya dipenuhi Roh Kudus adalah bahawa saya dapat berbahasa roh?"

Biarlah saya katakan ini, "Seseorang boleh dipenuhi Roh Kudus dan tidak berbahasa roh."

Kenapa?

Mereka tidak menyerah kepada sungai. Seperti saya boleh berjalan ke dalam sungai dan saya tidak mengalir mengikut aliran sungai ke hilir. Sebab apa? Sebab saya tidak menyerah kepadanya.

Saya akan katakan ini, "Setiap orang yang telah dipenuhi Roh Kudus memiliki kebolehan untuk berbahasa roh." Mungkin saja mereka belum melangkah ke dalamnya sebab segala-galanya datang melalui iman.

Oleh itu, biarlah hal ini jelas dan diketahui, anda boleh dipenuhi Roh Kudus dan tidak berbahasa roh kerana anda belum berserah kepadanya.

Seterusnya jenis bahasa roh yang keempat... 


<    1     2     3     4     >