Bishop Charles menunjukkan set sampul hari pertama dan setem kenangan kepada Ketua Menteri P. Pinang, Chow Kon Yew |
GEORGE TOWN: Gereja St George, gereja Inggeris tertua zaman penjajahan di Asia Timur, menandakan ulang tahun ke-200 tarikh perasmiannya dengan pelancaran sampul hari pertama dan setem kenang-kenangan.
Sejumlah 3,000 set edisi terhad sampul hari pertama dan setem Ulang Tahun Ke-200 St George tersedia untuk dijual di Pusat Warisan St George di kawasan gereja di No.1 Jalan Farquhar.
Sampul cenderamata dan setem-setem ulang tahun ke-200 St George |
Ada juga satu risalah oleh Pos Malaysia dalam sirinya Rumah Ibadat Siri 2 di Malaysia.
Setem Cinderella
(Setem Cinderella pada umumnya merujuk kepada apa-apa yang menyerupai setem pos tetapi tidak sah sebagai bayaran pos.)
"Setem Cinderella itu unik sebab ianya adalah kali pertama suatu lukisan bangunan dan bukannya foto dipaparkan," kata Suffragan Bishop, Diosis Anglikan Malaysia Barat, Datuk Charles K. Samuel.
"Setem itu memaparkan lukisan gereja itu pada 1880an."
"Kami juga ada beberapa keping dengan tandatangan Ketua Menteri Chow Kon Yew di atasnya," katanya semasa pelancaran perayaan dwi-abad gereja itu di sini hari ini.
Bishop Charles berkata Pos Malaysia telah bersama-sama melancarkan sampul hari pertama dan setem dengan gereja itu untuk menjadikan perayaan itu penuh kenangan.
Telah diadakan juga satu kebaktian khas gereja pada 4 petang semalam diikuti oleh majlis makan malam di Dewan Cina Pulau Pinang bersempena ulangtahun dwi-abad itu.
Chow yang telah melancarkan acara itu berkata bangunan gereja dan tugu peringatan Francis Light di bahagian depannya telah dipaparkan untuk pertama kali di atas setem.
"Gereja ini adalah di antara lima tempat ibadat yang dipaparkan dalam Rumah Ibadat Siri 2 oleh Pos Malaysia."
Anglikanisme telah datang ke Asia Timur dari Calcutta, ke Pulau Pinang apabila pedagang Inggeris Kapten Francis Light memajak pulau itu dari Kedah bagi pihak Syarikat India Timur British.
Pada 11 Mei 1819, Rev Thomas Farnshaw Middleton, yang pada ketika itu adalah Bishop Calcutta, telah melaksanakan upacara penyerahan di tapak gereja itu, tiga tahun selepas batu dasarnya telah diletakkan pada 1816.
(Dipetik dan dterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "St George's Church Turns 200" yang ditulis oleh Tan Sin Chow bertarikh 12 Mei 2019)
Setem Cinderella
(Setem Cinderella pada umumnya merujuk kepada apa-apa yang menyerupai setem pos tetapi tidak sah sebagai bayaran pos.)
"Setem Cinderella itu unik sebab ianya adalah kali pertama suatu lukisan bangunan dan bukannya foto dipaparkan," kata Suffragan Bishop, Diosis Anglikan Malaysia Barat, Datuk Charles K. Samuel.
"Setem itu memaparkan lukisan gereja itu pada 1880an."
Setem Cinderella memaparkan lukisan gereja St George pada 1880an |
Bishop Charles berkata Pos Malaysia telah bersama-sama melancarkan sampul hari pertama dan setem dengan gereja itu untuk menjadikan perayaan itu penuh kenangan.
Telah diadakan juga satu kebaktian khas gereja pada 4 petang semalam diikuti oleh majlis makan malam di Dewan Cina Pulau Pinang bersempena ulangtahun dwi-abad itu.
Ahli-ahli gereja dan para tetamu berfoto di hadapan Gereja St George |