Sabtu, 1 Jun 2019

Bintang Aladdin, Naomi Scott: "Iman Saya Sebahagian Dari Siapa Diri Saya"


Naomi Scott, bintang filem Disney versi baru aksi hidup "Aladdin," berkata dia tidak tahu bagaimana menjalani hidupnya tanpa iman Kristiannya yang kuat. 

Naomi membintangi sebagai Puteri Jasmine dalam pembikinan semula filem Disney itu dan dalam satu blog yang dituliskannya untuk program Kristian penajaan kanak-kanak Compassion International selepas melawat Rwanda dan Ethiopia bersama gerejanya menerusi organisasi itu, berkata dia sering ditanya bagaimana dia menguruskan imannya dan karirnya dalam dunia hiburan.

Naomi Scott dengan suaminya, Jordan Spence, seorang pemain bola sepak profesional

"Saya dan suami saya sedang berbincang perkara ini semalam. Kadangkala kami ditanya soalan, 'Bagaimanakah anda mengaturkan iman anda dan apa yang anda lakukan?' Tetapi bagi saya, saya tidak tahu bagaimana untuk menjalani hidup tanpa iman saya," begitu ditulisnya selepas mengisahkan pengalamannya yang menarik di Rwanda bertemu dengan penerima-penerima Child Survival Project kelolaan Compassion. 

"Damai yang dimiliki ketika mengetahui saya dikasihi dan berharga (di mata Tuhan) adalah sesuatu yang menjadikan saya amat berpijak di dunia nyata, dan amat berfokus. Secara jujur, saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang terpisah, sesuatu yang ditambahkan. Iman saya sebahagian dari siapa saya dan apa yang saya lakukan," begitu disaksikan Naomi.


Naomi yang berusia 26 tahun itu, adalah dari keturunan separuh British dan separuh India dan kini dalam proses menjadi bintang besar berikutan kejayaan filem itu. Peminat-peminatnya dari Amerika baru mengetahui bahawa pelakon itu telah membesar sebagai anak pastor dan kedua-dua ibu bapanya masih menjadi pastor di Bridge Church di timur laut London. 

"Kedua-dua ibu bapanya adalah pastor di Bridge Church, Woodford di Redbridge, United Kingdom," E! News melaporkan. Menurut laman web gereja itu, "Bridge Church adalah komuniti orang-orang biasa yang telah menemukan damai, sukacita dan tujuan dalam Tuhan yang luar biasa." 

Pelakon itu, yang membintangi bersama Will Smith dan Mena Massoud dalam Aladdin, berkata dia sangat terharu oleh "kasih kurnia Tuhan".

Naomi Scott dan Mena Massoud dalam filem Aladdin

"Hidup amat mengujakan pada ketika ini, banyak hal yang sedang terjadi. Kami hanya dapat fikir wow. Kasih kurnia Tuhan," dia menuliskan dalam blognya untuk Compassion International. "Tapi tidak kira apapun yang berlaku, tidak kira apa yang orang katakan mengenai saya di Twitter, apapun yang berlaku pada masa depan, untuk mengetahui bahawa itu tidak mendefinisikan saya adalah mengkagumkan. Untuk mengetahui bahawa itu tidak mempengaruhi identiti saya dalam apapun bentuk atau cara (walaupun itu kadangkala tidak semudah yang dikata). Itulah yang akan membuat saya dapat bertahan. Menjadikan hal yang utama sebagai hal yang utama sepanjang perjalanan." 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "Aladdin Star Naomi Scott: 'My Faith Is Just A Part Of Who I Am'" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 28 Mei 2019)