Satu kajian baru dari Jurusan Kesihatan Awam Harvard telah menyelidiki kesihatan mental dan kesejahteraan jasmani kanak-kanak dan remaja yang telah dibesarkan dengan amalan agama dan rohani dan mendapati banyak faedahnya.
Kajian itu, yang telah diterbitkan dalam Jurnal Epidemiologi Amerika, mendapati bahawa mereka yang menghadiri kebaktian agama sekurang-kurangnya sekali seminggu sewaktu kanak-kanak atau remaja adalah 18 peratus lebih kemungkinan melaporkan lebih bahagia semasa berusia dua puluhan berbanding mereka yang tidak pernah menghadiri kebaktian.
Jika itu tidak cukup faedahnya untuk bersusah payah menyiapkan anak-anak anda dengan pakaian untuk ke gereja pada pagi Ahad, para penyelidik juga telah mendapati bahawa kanak-kanak yang pergi ke gereja adalah 33 peratus kurang kemungkinannya menggunakan dadah semasa usia dua puluhan mereka, juga kurang kemungkinan melakukan hubungan seks pada usia lebih awal, dan kurang kemungkinan mendapat penyakit jangkitan dari perhubungan seks.
Tambahan lagi, orang-orang yang berdoa dan membuat renungan harian samada di gereja atau secara bersendirian melaporkan kepuasan hidup yang lebih tinggi, dan dapat memproses emosi mereka dengan lebih baik, serta lebih pemaaf. Para penyelidik juga dapat mengaitkan kehadiran gereja dengan kemungkinan yang lebih rendah untuk merokok dan kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengundi!
Tambahan lagi, orang-orang yang berdoa dan membuat renungan harian samada di gereja atau secara bersendirian melaporkan kepuasan hidup yang lebih tinggi, dan dapat memproses emosi mereka dengan lebih baik, serta lebih pemaaf. Para penyelidik juga dapat mengaitkan kehadiran gereja dengan kemungkinan yang lebih rendah untuk merokok dan kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengundi!
Membawa anak-anak anda ke gereja bukan sahaja membawa faedah kepada mereka, Ianya juga membawa faedah positif kepada masyarakat umum, kerana hampir 30 peratus anak-anak yang dibesarkan di gereja adalah lebih kemungkinan melakukan kerja-kerja sukarelawan.
Jika anda tidak dapat mengheret anak-anak anda ke gereja - atau tidak rasa ingin bertelagah pada pagi Ahad - mereka masih boleh mendapat sebahagian faedahnya jika mereka mengambil masa untuk berdoa atau membuat renungan secara bersendirian. Menurut kajian itu, orang-orang yang berdoa atau membuat renungan mengikut jadual mereka sendiri menghadapi risiko lebih rendah penyalahgunaan dadah dan depresi dalam hidup mereka kemudian.
Pada kesempatan selanjutnya anda cuba membawa anak-anak anda ke gereja pada hari Ahad, anda boleh sebutkan artikel ini - dan mungkin kemudiannya memberi mereka ganjaran dengan kunjungan ke kedai waffle selepas kebaktian.
(Diterjemahkan daripada artikel Southern Living bertajuk, "Kids Raised Going To Church Are Happier Adults, Study Finds" yang ditulis oleh Melissa Locker bertarikh 7 November 2018)