Rabu, 19 Jun 2019

Orang Ramai Nyanyi "Sing Hallelujah" Semasa Protes Undang-Undang Ekstradisi Hong Kong


Lagu pujian "Sing Hallelujah to the Lord" telah muncul sebagai lagu tema yang tidak sangka untuk gerakan protes Hong Kong menentang usul rang undang-undang ekstradisi yang telah membawa jutaan orang ke jalanan. 

Gerakan protes di sekeliling dunia sering mencipta lagu mereka, biasanya lagu-lagu dengan lirik-lirik penentangan dan kesatuan, untuk mengekalkan semangat dan fokus orang ramai. 

Tetapi lagu yang menjadi nyanyian di Hong Kong tidak sepert itu. 

Pada minggu yang lepas, lagu pujian itu kedengaran hampir tanpa henti di tapak protes utama, di hadapan Majlis Perundangan bandaraya itu, dan di perarakan dan juga semasa detik cemas berhadapan dengan polis.

Video: Nyanyian Pujian Di Hadapan Majlis Perundangan Hong Kong


Ianya telah bermula dengan sekumpulan pelajar Katolik yang menyanyikan beberapa lagu Kristian di tapak utama protes, dengan "Sing Hallelujah t the Lord" menjadi ikutan orang ramai, meskipun hanya lebih kurang 10 peratus warga Hong Kong adalah Kristian.

"Inilah lagu yang menjadi ikutan orang ramai, kerana ianya mudah dinyanyi, dengan mesej yang ringkas dan melodi yang mudah," kata Edwin Chow, 19, pemangku presiden Persekutuan Pelajar-Pelajar Katolik Hong Kong. 

Pelajar-pelajar itu menyanyikan lagu-lagu itu dengan harapan memberikan perlindungan sah untuk protes itu. Perkumpulan keagamaan boleh diadakan tanpa permit di pusat kewangan itu. 

"Oleh kerana semua perkumpulan keagamaan diberi kebebasan, ianya mungkin boleh melindungi mereka yang memprotes. Ianya juga menunjukkan bahawa ini adalah protes yang aman," kata Chow.



Lagu pujian itu telah dikarangkan pada 1974 oleh Linda Stassen-Benjamin di Amerika Syarikat untuk Hari Easter. Lima perkataannya diulang-ulang dalam empat stanza dalam minor key, yang memberikannya nada renungan yang serius.

Protes selama 10 hari yang lepas adalah secara keseluruhannya aman, namun begitu polis pada hari Rabu minggu lepas telah menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan orang ramai.

"Berhenti menembak, jika tidak kami akan nyanyikan 'Hallelujah to the Lord'," menurut satu papan tanda protes selepas peluru-peluru getah itu ditembakkan.


Para pemprotes mengatakan bahawa lagu keagamaan itu telah bantu meredakan suasana tegang dengan polis.

"Ianya mempunyai kesan menenangkan," kata Timothy Lam, seorang paderi Katolik di Grace Church Hong Kong, yang telah mengikuti protes itu bersama ahli-ahli gereja untuk mendorong keamanan.

"Polis memiliki banyak peralatan, keadaan sangat tegang dan mereka sedang mencari orang. Pelajar-pelajar menyanyikan ini untuk menunjukkan bahawa mereka aman," Lam berkata mengenai satu konfrontasi yang terjadi minggu lepas.

Orang ramai mendesak Ketua kerajaan Hong Kong, Carrie Lam untuk letak jawatan

Ketua kerajaan Hong Kong yang disokong oleh Beijing, Carrie Lam telah menangguhkan pengusulan rang undang-undang ekstradisi dan telah memohon maaf di tengah bantahan besar-besaran itu.

Para pengkritik berkata undang-undang itu akan menjejaskan sistem penghakiman yang bebas dan kedaulatan undang-undang Hong Kong, yang terjamin oleh formula "satu negara, dua sistem" yang telah dirangka ketika bekas jajahan British itu dikembalikan kepada pemerintahan China pada 1997.

Carrie Lam adalah Katolik dan sesetengah para pemprotes berkata mereka berfikir bahawa penggunaan lagu "Sing Hallelujah to the Lord" telah membantu mengubah pendirian beliau.

"Dia sememangnya Katolik, itu adalah salah satu sebab utama kami menyanyikannya," kata Jamie seorang pelajar berusia 18 tahun yang dirinya bukan Katolik.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk "Watch: Protestors Sing Worship Amid Reports of Riots" yang ditulis oleh Jessie Pang dan Marius Zaharia bertarikh 18 Jun 2019)