Rabu, 10 Julai 2019

Ahli-Ahli Arkeologi Menemukan Kota Ziklag Di Mana Daud Melarikan Diri Dari Saul


Para pengkaji dari Universiti Hebrew di Yerusalem, Pihak Berkuasa Antik Israel dan Universiti Macquarie di Sydney, Australia, percaya bahawa mereka telah menemukan kota Filistin, Ziklag, yang telah diabadikan dalam kisah Alkitab. 

Ziklag telah disebut berkali-kali dalam Alkitab berkaitan Daud dalam 1 Samuel dan 2 Samuel. Menurut kisah alkitabiah itu, Akhis, Raja kota Gat, mengizinkan Daud mendapat suaka di Ziklag ketika melarikan diri dari Raja Saul. 

Dari Ziklaglah Daud telah bertolak untuk diurapi menjadi raja di Hebron. Menurut nas Alkitab, Ziklag juga adalah tempat terjadi peristiwa dramatik, di mana orang-orang Amalek, nomad padang gurun, telah menyerbu dan membakar kota itu, dan mengambil para wanita dan kanak-kanak sebagai tawanan. 

Penggalian itu yang telah bermula pada 2015 di tapak Khirbet a-Ra'i di kaki pergunungan Yehuda - di antara Kiryat Gat dan Lachish, telah bermula dengan kerjasama Prof. Yosef Garfinkel, ketua Institut Arkeologi di Univeristi Hebrew di Yerusalem, Saar Ganor dari Pihak Berkuasa Antik Israel dan Dr. Kyle Keimer dan Dr. Gil Davis dari Universiti Macquarie di Sydney, Australia. 


Penggalian itu telah didanai oleh Joey Silver dari Jerusalem, Aron Levy dari New Jersey dan Keluarga Roth dan Isaac Wakil, kedua-duanya dari Sydney. Penggalian itu telah berjalan selama tujuh musim dengan kawasan besar didedahkan - lebih kurang 100 batu persegi, dan membawa kepada pengenalan baru untuk Ziklag. 

Nama Ziklag adalah ganjil dalam daftar nama Tanah Israel, kerana ianya bukan dari bahasa Kanaan-Semitik tempatan. Ianya adalah nama Filistin, yang diberikan kepada kota itu oleh populasi pendatang asing dari Aegean.

Bukti-bukti penempatan dari zaman Filistin telah ditemui di situ, dari 12 ke 11 Sebelum Masihi. Struktur batu besar telah digali, mengandungi penemuan-penemuan yang biasa ditemui dari tamadun Filistin.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Archaeologists Discover Biblical City Where King David Fled From Saul" bertarikh 9 Julai 2019)