Rabu, 25 September 2019

Tahniah! Bisyop Melter Jiki Tais Telah Dipilih Menjadi Bisyop Besar Asia Tenggara Akan Datang


Diosis Anglikan Sabah telah menghantarkan poster mengenai pemilihan Rt Rev Melter Jiki Tais sebagai Bisyop Besar Asia Tenggara akan datang melalui laman Facebook rasminya sebentar tadi. Begini catitan di poster tersebut:

"Rt Rev Melter Jiki Tais, Bisyop Sabah telah dipilih pada Sinod Khas Provinsi Anglikan Asia Tenggara, yang telah diadakan di Kuching baru-baru ini, untuk menjadi Bisyop Besar Asia Tenggara yang akan datang. 

"Tolong doakan Bisyop Melter sambil dia bersiap untuk memimpin Provinsi sebagai isyop Besarnya untuk empat tahun akan datang (2020-2023)."

Sinod Khas Provinsi Anglikan Asia Tenggara yang diadakan di Kuching

Hantaran yang sama disertai dengan ucapan syukur Diosis itu:

"Kita bersyukur kepada Tuhan untuk kehormatan dan amanah yang telah diberi kepada Bisyop Melter J. Tais, bisyop diosis kita, untuk memimpin Provinsi Gereja Anglikan Asia Tenggara untuk empat tahun akan datang (2020-2023). Tugas dan tanggungjawab Archbisyop Provinsi amat berat dan mencabar. Sila berdoa untuk Bisyop Melter, supaya Allah akan mencurahkan kasih karunia, hikmat dan keberanian ke atas beliau bagi membolehkan beliau mengemudi Provinsi kita melalui lautan yang penuh dengan cabaran luaran dan dalaman."

Tahniah Bisyop Melter dan selamat bertugas sebagai Bisyop Besar Asia Tenggara kelak!

(Diambil daripada hantaran Facebook Anglican Diocese of Sabah bertarikh 25 September 2019)