Ahad, 17 November 2019

1,000 Hari Penculikan Raymond Koh - Masih Belum Ada Petunjuk


1,000 hari sudah berlalu sejak Raymond Koh diculik dari keretanya pada siang hari dan ahli-ahli keluarganya masih mendesak untuk mengetahui keberadaannya. 

Pada satu majlis makan untuk memperingatinya malam tadi, isteri Koh, Susanna Liew mempersoalkan kurangnya keberhasilan siasatan 33 bulan oleh polis berkenaan kes itu.

"Selepas 1,000 hari, apakah yang polis dapatkan dari penyiastan mereka?

"Tiada apa-apa. Tiada berita terbaru. Tiada petunjuk baru," katanya dalam acara itu di Kuala Lumpur. 

Marhalem Mansor, aktivis HIV

Semasa acara itu, aktivis HIV, Marhalem Mansor berkongsi bagaimana dia dan keluarganya sangat merindukan Koh. Dia menyatakan bahawa Koh adalah inspirasi kepada rumah teduhannya untuk orang-orang yang mengidap HIV - Rumah Teduhan Harapan.

"Sehingga hari ini, anak-anak saya, yang bongsu yang kini berusia 10 tahun, masih lagi menanya, 'bilakah Uncle Raymond datang ke rumah kita lagi?'.

"Kami selalu berkata mengenai perkara-perkara baik yang telah dilakukannya untuk kami. Tidak ada persamaan di antara Raymond, saya dan keluarga saya. Tetapi oleh kerana kerendahan hatinya dan sifat sedia membantu yang ada padanya, dia menerima kami dengan sepenuh hati. 

"Apabila kami teringat mengenainya, kami ingin melihatnya lagi satu hari kelak," Marhalem berkata sambil menahan air mata.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Raymond Koh: 1,000 Days of Unanswered Questions" yang ditulis oleh Annabelle Lee bertarikh 17 November 2019)