Selasa, 7 Januari 2020

Filem Yesus Yang Pertama Dalam Bahasa Isyarat Bakal Menjangkau 70 Juta Orang Pekak Dengan Injil


Anggaran 70 juta orang di sekeliling dunia yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat bakal akan mempunyai Filem Yesus dalam bahasa hati mereka dalam masa beberapa tahun hasil daripada projek pembiayaan orang ramai oleh Misi Pekak dan Projek Filem Yesus.

Pelayanan-pelayanan itu telah mengumpulkan $746,000 dari $4.8 juta yang diperlukan untuk mendanai projek itu, yang akan melibatkan pelakon-pelakon yang menggunakan Bahasa Isyarat Amerika (ASL), yang digunakan oleh 70 juta orang di sekeliling dunia. 

Pada waktu ini, orang-orang pekak terpaksa bergantung kepada sarikata untuk menonton filem  mengenai Yesus.

Chad Entinger dari Misi Pekak berkata Filem Yesus dengan bahasa isyarat akan membawa impak besar dalam penyebaran Injil. Itu akan menjadi filem pertama yang seperti itu. 

"Bahasa hati, itu mempunyai kaitan dengan identiti seseorang," kata Entiger dengan bahasa isyarat melalui seorang penterjemah untuk Mission Network News. "Untuk seseorang melihat sesuatu dalam bahasa hati mereka, itu betul-betul akan menawan hati mereka, dan dia akan merasakan, 'Wah, mereka benar-benar sedang berkomunikasi dengan saya. Inilah bahasa saya.'"


Filem Yesus oleh Misi Pekak ini akan melibatkan pengguna-pengguna isyarat untuk "menghidupkan kisah Yesus" dari "Perspektif pekak untuk orang-orang pekak," menurut laman web pelayanan itu.

Penerbitan akan mengambil masa tiga hingga empat tahun, Entinger memberitahu Mission Network News.

Ramai orang pekak. kata Mission Network News, "merasakan bahawa Allah tritunggal itu adalah hanya untuk orang-orang yang berpendengaran normal." Itu adalah kerana "jumlah sumber yang begitu banyak yang gereja-gereja salurkan kepada pelayanan untuk orang-orang berpendengaran," kata Mission Network News.

Filem ini boleh mengubah persepsi itu.

"Kami benar-benar percaya bahawa Tuhan boleh dan akan menggunakan filem dalam bahasa isyarat untuk menjangkau orang-orang pekak," kata Entinger dalam bahasa isyarat.

Filem itu akan merupakan filem panjang yang sepenuhnya. Suatu babak sulung 10 minit telah difelmkan (boleh ditonton di sini).

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Headlines bertajuk, "A First: Jesus Film in Sign Language Will Reach 70 Millionwith Gospel" yang ditulis oleh Michael Foust bertarikh 3 Januari 2019)