Sabtu, 25 Januari 2020

John Sung - Penginjil Yang Telah Menggoncang Gereja Di China dan Asia Tenggara


John Sung teah dilahirkan di wilayah Fujian, China

Dia telah bertolak ke Amerika Syarikat pada 1920 dan telah memperolehi sijil-sijil sarjana muda, sarjana dan lepasan ijazahnya dalam lima setengah tahun sebelum kembali ke China pada 1927, dengan tekad menjadi seorang penginjil.

Dalam masa 12 tahun pelayanan yang aktif  (1928-1939), dia telah menjadi seorang penginjil dan pembawa kebangunan rohani yang telah "menggoncangkan gereja di China dan Asia Tenggara."

John Sung juga diingati sebagai "Wesley dari China," "rasul China" dan "kemungkinan penginjil terulung abad ini."

Siapakah John Sung?

John Sung telah memperolehi sijil kedoktorannya dalam Ilmu Kimia dari sebuah universiti Amerika dan telah mengalami pengalaman menerima Tuhan di Seminari Union pada 1927. 

Dalam perjalanannya kembali ke China pada 1928, dia begitu bertekad untuk melepaskan segalanya untuk mengkhabarkan Injil sehingga membuangkan kesemua sijil-sijil kesarjanaannya ke dalam Lautan Pasifik. 

Dari 1928 ke 1939, dia telah menjelajah ke hampir seluruh China, dan juga ke Filipina, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaya, Sarawak, Negara Thai, Burma (kini Myanmar), Indonesia dan Vietnam.

Pada kemuncak pelayanan Sung, pengkhabaran Injilnya telah menarik ribuan orang tiga kali dalam sehari, setiap sesi sepanjang dua hingga tiga jam. Dia telah menganjurkan banyak kem pengkajian Alkitab yang sepanjang 10 hari hingga sebulan. 

Pada 1936, dia telah berkhutbah menerusi seluruh Alkitab dalam masa sebulan kepada lebih 2,000 peserta dari China dan Asia Tenggara. 

Serangan-serangannya terhadap dosa tidak ada tolok bandingnya. Pemimpin-pemimpin Cina dan msisonari-misionari Barat juga tidak terlepas daripadanya. 

Walaupun John Sung memiliki bakat dalam pelbagai cara, dia hanya hidup sehingga 42 tahun. Pada 18 Ogos 1944, John Sung meninggal dunia di luar Beijing kerana penyakit. Dia meninggalkan seorang isteri dan tiga anak perempuan. 

Impak Ke Atas China dan Asia Tenggara

Telah dilaporkan bahawa lebih daripada 100,000 orang Cina telah memeluk Kristian aliran evangelikal menerusi pelayanan Sung. Oleh kerana bilangan Kristian China pada 1949 berjumlah kurang dari sejuta, orang-orang yang telah memeluk Kristian dari pelayanan Sung adalah sepersepuluh daripada jumlah populasi Kristian di China pada waktu kematiannya pada 1944.

Sejumlah pemimpin-pemimpin Kristin juga telah bangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pelayanan John Sung, menyumbang kepada pertumbuhan Kristian evangelikal di banyak negara Asia.

Pemimpin-pemimpin ini telah dengan berani mengharungi Penjajahan Jepun dan telah mempertahankan gereja di China di bawah rejim Komunis. Ini telah dinyatakan benar oleh misionari-misionari Barat dan pemimpin-pemimpin Kristian yang  mengenali pelayanan John Sung.

Kesaksian lisan dan bertulis oleh pemimpin-pemimpin Kristian yang utama seperti Thomas Wang, Phiip Teng, Bobby Sng, Timothy Tow, Andrew Gih, dan Moses Yu juga menyokong pandangan itu. (*Nota Editor: Pemimpin-pemimpin yang telah menerima impak daripada pengajarannya kemudiannya telah menjadi pemimpin-pemimpin yang penting gereja Cina di Singapura, China dan di negara-negara Barat.)

John Sung berkhutbah di Gereja Methodist Telok Ayer di Singapura

Pelayanan John Sung telah menyentuh keperluan nyata orang-orang Kristian Cina pada waktu yang penting.

Walaupun teologi dan kaedah John Sung telah dijauhi ahli-ahli teologia "elit" pada zamannya, pendekatannya kepada Alkitab telah menyentuh keperluan rohani orang-orang biasa.

Penekannya pada kesucian peribadi, peperangan rohani, doa dan pemuridan yang sungguh-sungguh telah menjawab kerinduan yang mendalam orang-orang Cina pada 1930an. Ianya juga telah menjadikan Injil relevan dan nyata dalam konteks keagamaan orang-orang Cina pada zaman perubahan besar dalam langskap sosio-politik.

Ini adalah petikan daripada The Life and Ministry of John Sung, oleh Dr Lim Ka-Tong, Armour Publishing, dan telah diterbitkan semula dengan izin. Sebuah biografi mengenai John Sung, buku ini mengkaji mengenai sejauh mana impak pelayanan Sung yang pendek tetapi bersemangat ke atas Asia. Buku itu boleh dibeli di sini.

(Diterjemahkan daripada artikel Salt and Light bertajuk, "John Sung: The Man Who Moved Asia" bertarikh 15 Ogos 2018)