Sabtu, 20 Mac 2021

Kenyataan Bersama Organisasi-Organisasi Masyarakat Sivil (CSOs) Atas Penggunaan Sejagat Kalimah Allah


Kerajaan diseru tarik balik rayuan. Semua pihak diseru terima keputusan Mahkamah Tinggi dan beranjak ke depan

Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil (CSOs) yang bertandatangan di bawah menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik rayuan Kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac untuk membenarkan semua anak Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah, perkataan bermakna Yang Maha Esa yang dipinjam daripada bahasa Arab oleh Bahasa Malaysia, Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh,  Bahasa Lun Bawang/Lun Dayeh/Kelabit dan Bahasa Punjabi.

Kami menyeru Kerajaan dan Rakyat Malaysia untuk mengambil keputusan Mahkamah Tinggi ini sebagai peluang untuk menamatkan satu polemik yang telah berlanjut selama 35 tahun sejak keputusan Kabinet Persekutuan untuk mengharamkan penggunaan sejagat kalimah Allah. Semua parti politik tidak harus menangguk di air keruh untuk meraih populariti politik dengan isu ini.

Ramai orang Muslim di Semenanjung mensyaki Kristian berdoa dalam Bahasa Malaysia dan kepada Allah, satu fenomena yang semakin nampak sejak 1980an, adalah helah sengaja untuk memurtadkan orang Muslim.

Realitinya, kebanyakan Kristian yang berdoa kepada Allah adalah orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli. Muslim di Sabah dan Sarawak, yang ramai antara mereka mempunyai saudara-mara dan sahabat-handal Kristian, rasa senang dan tidak terancam dengan Kristian berdoa kepada Allah, sepertimana juga Muslim di Indonesia dan dunia Arab.

Syak wasangka terhadap fenomena Kristian berdoa kepada Allah sebenarnya satu kejutan budaya yang dialami oleh Muslim di Semenanjung dan akibat semulajadi dua perkembangan, pertama, kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan yang memulihkan populariti Bahasa Malaysia di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak; kedua, integrasi antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang meningkat dengan bertambahnya anak Sabah dan Sarawak berhijrah ke Semenanjung.  

Sebagai reaksi susuran kejutan budaya itu, pengharaman oleh Kabinet Persekutuan pada tahun 1986 atas penggunaan sejagat kalimah Allah berpunca daripada ketakutan komuniti Muslim menjadi sasaran kepada pendakwahan agresif, yang sememangnya ditakuti oleh semua komuniti agama yang lain.

Di sebalik kejutan budaya ialah kejahilan tentang fakta bahawa Kristian di Nusantara sudahpun berdoa kepada Allah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Iban (‘Allah Taala’), Bahasa Bidayuh (Tuhan Alla),  Bahasa Lun Bawang/Lun Dayeh/Kelabit (Tuhan Allah) dan bahasa-bahasa serumpun yang lain secara keseluruhannya sudah selama 476 tahun.

Tiada pihak harus memprokovasi dan menyebarkan ketakutan tidak berasas bahawa Muslim akan murtad dengan Kristian berdoa kepada Allah. Fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah hampir atau lebih daripada 90% penduduk di negara-negara Arab dan Indonesia adalah Muslim sungguhpun Muslim dan Kristian telah berkongsi kalimah Allah dan istilah-istilaha keagamaan yang lain selama 1,442 dan 476 tahun.

Keputusan Mahkamah Tinggi sekadar memulihkan status kuo sebelum tahun 1986 dan mematahkan satu sekatan ke atas Kristian Sabah, Sarawak dan Orang Asli atas ancaman tidak berasas yang terasa oleh Muslim Semenanjung tetapi langsung tidak dikongsi oleh Muslim Sabah dan Sarawak.

Keputusan Mahkamah Tinggi seharusnya dilihat positif atas dua asas. Pertama, ia mengukuhkan Malaysia apabila Kristian di Sabah dan Sarawak dapat berdoa kepada Allah sebebas sepupu Kristian mereka di Kalimantan, Indonesia. Kedua, ia mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan untuk semua.

Diusahadayakan oleh Engage dan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), kenyataan ini ditandatangai oleh sebanyak 65 organisasi masyarakat sivil (CSO) yang mewakili pelbagai negeri, komuniti dan sektor:


  1. Advancing Knowledge in Democracy and Law initiative (AKDL)
  2. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK)
  3. Agora Society Malaysia
  4. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  5. All Women Action Society (AWAM)
  6. Association of Women Lawyers
  7. Belia di Bawah Bayu, Sabah
  8. Beyond Borders Malaysia
  9. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  10. Childline Foundation
  11. Community Action Network (CAN)
  12. Engage
  13. Freedom Film Network (FFN)
  14. G25
  15. Gerakan Mahasiswa Maju UPM
  16. Global Organisation of People of Indian Origin (GOPIO Malaysia)
  17. Good Samaritan Kuala Lumpur
  18. Growing and Emerging Leaders (GEL)
  19. Jagoi Area Development Committee (JADC)
  20. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  21. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  22. Justice for Sisters
  23. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  24. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  25. Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU)
  26. Malaysia First
  27. Merdeka University Berhad
  28. Muslim Professional Forum (MPF)
  29. New Student Movement Alliance of Malaysia
  30. North South Initiative
  31. Oriental Hearts and Mind Study Institute  (OHMSI)
  32. Our Journey
  33. PACOS Trust
  34. Pasukan Pembela Hak Rakyat Sabah (PEMBELA)
  35. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  36. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  37. Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS)
  38. Persatuan Masyarakat Tering (PmTm) Miri.
  39. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (R. O. S. E)
  40. Persatuan Penduduk Galing Besar Kuantan
  41. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
  42. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  43. Persatuan Wanita Desa Sarawak (WADESA)
  44. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
  45. Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah (AWAS)
  46. Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan
  47. Protect & Save the Children
  48. Pusat KOMAS (KOMAS)
  49. Sabah Human Rights Centre
  50. Sabah Reform Initiative (SARI)
  51. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
  52. Sahabat Rakyat 人民之友மக்கள் தோழர்கள்
  53. Sarawak Women for Women Society
  54. Saudara Socio-Cultural Research
  55. SAVE Rivers
  56. SCRIPS Malaysia
  57. Sisters in Islam (SIS)
  58. Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (SERATA)
  59. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
  60. TENAGANITA
  61. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  62. To Earth with Love, Sabah
  63. Undi Sabah
  64. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
  65. Voice of Youtharian
  66. Voice Your Choice
  67. WISDOM Foundation, Sabah
  68. Women Aid Organisation (WAO
(Diambil daripada artikel Pusat Komas bertajuk, "Kenyataan Bersama Organisasi-Organisasi Masyarakat Sivil (CSOs) Atas Penggunaan Sejagat Kalimah Allah" bertarikh 18 Mac 2021)