Khamis, 23 September 2021

Pastor Hillsong, Brian Houston Letak Jawatan Dari Lembaga Pentadbiran Gereja Untuk Menghadapi Dakwaan


Brian Houston pastor dan pengasas bersama Gereja Hillsong di Australia, telah meletakkan jawatan dari semua jawatan lembaga-lembaga pentadbiran gereja tetapi akan kekal sebagai senior pastor global.

The Sydney Morning Herald melaporkan dokumen-dokumen yang telah difailkan dengan Australian Securities & Investment Commissions (ASIC) mendedahkan bahawa Houston telah meletakkan jawatan dari kedudukan-kedudukannya di gereja selepas seminggu lebih dia didakwa oleh Pasukan Polis New South Wales atas dakwaan menyembunyikan maklumat mengenai salah laku seks ayahnya terhadap kanak-kanak. 

Stephen Crouch, seorang ahli lembaga gereja telah dilantik sebagai pengarah, menurut suratkhabar itu.

Houston, 67 tahun, telah didakwa pada awal Ogos sebagai sebahagian daripada siasatan yang telah berterusan sejak 2019, menurut The Guardian.

"Polis akan membuat dakwaan di mahkamah bahawa dia mengetahui maklumat berkaitan salah laku seks terhadap seorang kanak-kanak lelaki pada 1970an dan telah gagal membawakan maklumat itu kepada polis," begitu dinyatakan oleh jabatan polis itu.

Houston yang telah tinggal di Amerika Syarikat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, telah berkata pada waktu itu bahawa dakwaan-dakwaan terhadapnya telah datang "secara kejutan ... memandangkan betapa saya telah sentiasa bersifat terbuka mengenai perkara itu."

"Saya dengan sungguh-sungguh mempertahankan kebenaran saya dan akan membela diri terhadap dakwaan-dakwaan ini dan saya mengalu-alukan kesempatan ini untuk memperjelaskan keadaan," dia telah mengatakan dalam satu kenyataan pada Ogos.

Houston, seorang pastor Pentakosta, dikehendaki muncul di sebuah mahkamah di Sydney pada 5 Oktober untuk menjawab dakwaan-dakwaan bahawa dia tidak memaklumkan pihak polis mengenai ayahnya Frank Houston, yang didakwa telah melakukan salah laku seks terhadap sembilan kanak-kanak lelaki sewaktu dia berkhidmat sebagai pastor, menurut The Morning Herald. 

Ayahnya, Frank Houston telah meninggal dunia pada 2004. 

Suratkhabar itu menyatakan bahawa Akta Syarikat Australia menghalang sesiapapun daripada menjadi pengarah dalam sesebuah syarikat sekiranya dia telah disabitkan kesalahan jenayah melibatkan ketidakjujuran yang membawa hukuman penjara melebihi tiga bulan. Menurut Akta Jenayah NSW negara itu, huuman maksima untuk secara sengaja tidak mendedahkan maklumat yang seharusnya dimaklumkan kepada pihak berkuasa adalah lima tahun di penjara. 

Pada hari Jumaat, Houston telah menghantar emel kepada pengikut-pengikutnya mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan, menurut The Roys Report.

"Saya (letak jawatan dari lembaga-lembaga gereja) supaya lembaga-lembaga itu dapat berfungsi mengikut kapasiti sepenuhnya pada musim ini. Ini tidak mengubah peranan saya sebagai Senior Pastor Global. Saya fikir adalah penting untuk memberitahu keluarga gereja mengenai ini atas dasar keterbukaan, dan saya ingin anda mendengarnya secara langsung dari saya," dia telah menuliskan.

Houston telah memimpin Gereja Hillsong untuk lebih daripada dua dekad. Pada Mei 2020, gereja mega itu telah melaporkan 150,000 anggota di 23 negara. 

Seperti dilaporkan CBN Faithwire, dalam satu hantaran blog bertarikh 23 Julai, kepimpinan Hillsong telah menyatakan bahawa Brian Houston tidak mengetahui mengenai salah laku jenayah ayahnya terhadap Brett Sengstock sehinggalah dia berusia 45 tahun dan mangsa itu berusia 37 tahun. Gereja itu mendakwa, "Sebilangan pastor dan individu lain telah memiliki pengetahuan mengenai perkara ini sebelum Brian Houston mengetahui mengenainya." 

"Apabila dimaklumkan mengenai perbuatan ayahnya, Brian Houston telah berhadapan dengan dan menyoal ayahnya, melaporkan perkara itu kepada Eksekutif Nasional Assemblies of God in Australia, menyampaikan perkara itu kepada lembaga pengurusan Sydney Christian Life Centre, dan seterusnya telah membuat suatu pengumuman secara terbuka di gereja," begitu dinyatakan oleh gereja itu. "Brian telah berusaha untuk menghormati permintaan berulang kali daripada mangsa untuk tidak menghubungi polis." 

Dalam hantaran blog yang sama, kepimpinan Hillsong telah menulis, "Oleh kerana perkara ini sedang dihadapkan di mahkamah, Pastor Brian Houston dan Gereja Hillsong tidak akan memberikan apa-apa lagi kenyataan yang seterusnya. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang merupakan sebahagian gereja kami atas sokongan dan doa-doa mereka pada waktu ini." 

(Diterjemahkan daripada artikel Faithwire bertajuk, "Hillsong Pastor Brian Houston Steps Down from Church Boardsto Face Charges: ‘I Vehemently Profess My Innocence’ " bertarikh 21 September 2021)