Mercu tanda baharu negara, Merdeka 118 kini secara rasminya
telah menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pencapaian itu
direkodkan setelah penyempurnaan puncak menara itu berlangsung pada 30
November 2021.
Kedua Tertinggi Di Dunia
Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga telah
dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa,
Dubai setinggi 828 meter. Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu
telah dipegang oleh Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.
Difahamkan, Merdeka 118 yang diinspirasikan dari figura Perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj ketika melaungkan
merdeka itu akan menempatkan 83 tingkat pejabat manakala selebihnya akan
menjadi bilik hotel mewah Park Hyatt.
Dek Pemerhatian Tertinggi Di Dunia
Pada tingkat bawah menara ini pula akan menempatkan pusat membeli-belah yang
baharu selain terdapat masjid,taman awam serta beberapa kemudahan yang lain.
Antara tarikan utama Merdeka 118 adalah dek pemerhatian yang terletak di atas
menara yang merupakan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara.
(Diambil daripada artikel Cari bertajuk, "Merdeka 118 Kini Sah Bangunan Tertinggi di Asia Tenggara
& Kedua Tertinggi Di Dunia" bertarikh 7 Disember 2021)