Sabtu, 7 Januari 2023

Hati Adalah Pusat Kehidupan Kita


Oleh Henri Nouwen:

Dalam pemahaman alkitabiah, hati adalah di pusat kehidupan kita. Ianya bukanlah otot, tetapi suatu simbol mengenai yang paling pusat dalam hidup kita. Perkara yang indah mengenai hati adalah ianya tempat di mana kita paling merupakan diri kita. Ianya adalah pusat kehidupan kita, pusat rohani hidup kita.

Kesunyian dan keheningan, umpamanya adalah cara-cara untuk mendekati hati, sebab hati adalah tempat di mana Tuhan berbicara kepada kita, di mana kita mendengar suara yang memanggil kita tersayang.

Ini sesungguhnya adalah tempat yang paling intim. Dalam kisah yang terkenal itu, Elia sedang berdiri di hadapan gua. Tuhan tidak ada di dalam ribut, Tuhan tidak ada di dalam api dan tidak ada di dalam gempa bumi, tetapi Tuhan ada di dalam suara kecil yang lembut itu (lihat 1 Raja 19:11-12). Suara yang kecil dan lembut itu... berbicara kepada hati.

Doa dan kesunyian adalah cara-cara untuk mendengar suara yang berbicara kepada hati, dalam pusat kehidupan kita. Salah satu hal yang paling mengkagumkan adalah jika anda memasuki tempat itu lebih dalam dan lebih dalam lagi, anda bukan sahaja bertemu dengan Tuhan, tetapi anda juga bertemu dengan seluruh dunia di situ.

(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook Kokkee Ng bertarikh 3 Januari 2023)