Isnin, 9 Januari 2023

Penduduk Bumiputera Majoriti Di Bandar - Bancian Terkini


Menurut Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kira-kira 14.1 juta - atau 62.6 peratus - penduduk bandar adalah bumiputera, diikuti oleh etnik Cina sebanyak 6.4 juta atau 28.6 peratus, etnik India (1.8 juta atau 8.1 peratus) dan etnik lain (0.2 juta atau 0.7 peratus).

Kadar bumiputera juga meningkat berbanding bancian terakhir pada 2010, apabila 58.9 peratus penduduk bandar adalah bumiputera, kata Jabatan Perangkaan Malaysia pada satu kenyataan hari ini.

Ini agak mencerminkan demografi negara, dan sangat berbeza dengan demografi kawasan bandar pada tahun 1970-an apabila hanya kira-kira satu pertiga daripada rakyat Malaysia merupakan penduduk bandar.


(Dipetik daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Penduduk Bumiputera Majoriti Di Bandar - Bancian Terkini" bertarikh 23 Disember 2022)