Selasa, 28 Mac 2023

Selepas 36 Tahun, Seorang Wanita Kuantan Menemukan Guru Yang Telah Membayar Yuran Kemasukan Universitinya


KUALA LUMPUR, 27 Mac - 36 tahun sudah berlalu sejak Norasiah Jamil mula mencari guru sekolah menengahnya yang telah dengan murah hati bantu membayar yuran kemasukan universitinya

6 Alasan Orang Kristian Takut Akan Roh Kudus


Oleh J. Lee Grady:

Ketika saya dipenuhi oleh Roh Kudus bertahun-tahun yang lalu, saya tahu bahwa ibu saya yang merupakan anggota Southern Baptist mungkin tidak akan senang dengan pengalaman Pentakosta saya. Dia dan saya memiliki inti kepercayaan yang sama tentang Yesus dan keselamatan, tentunya. Tetapi saya tahu bahawa beberapa denominasi Kristian tidak mendorong orang percaya untuk dibaptis dalam Roh Kudus atau mempraktikkan kurnia-kurnia rohani yang disebutkan dalam Perjanjian Baru.

Jadi saya tidak mengongsikan kesaksian saya dengannya selama beberapa tahun. Saya tidak akan pernah melupakan hari di mana ibu saya mengetahui pengalaman saya. Setelah dia menceritakan kepada saya sebuah kisah dari masa kecilnya, di mana dia menyaksikan beberapa orang Kristian "berguling-guling di atas lantai berhabuk kayu" di sebuah pertemuan Pentakosta di pedalaman, dia membesarkan matanya dan bertanya: "Kamu tidak berbicara dalam bahasa roh, kan, Lee?"

"Ya, mama, saya lakukan," kata saya. Saya tidak meminta maaf atas pengalaman saya, meskipun dia kelihatannya merasa cemas. Dan saya mengingatkannya bahawa saya menerima baptisan Roh Kudus ketika berdoa di gereja Southern Baptist di pinggir kota Atlanta. Saya pertama kali berbicara dalam bahasa roh di bangunan milik Baptis!

Ahad, 26 Mac 2023

Tak Salah Umat Islam Kunjungi Tempat Ibadat Agama Lain, Kata Sultan Selangor


PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tiada apa yang menghalang umat Islam daripada mengunjungi tempat ibadat agama lain.

Bagaimanapun, baginda berkata kunjungan itu mestilah tanpa mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan agama berkenaan.

Khamis, 23 Mac 2023

Kisah Di Sebalik Lagu "Just As I Am" oleh Charlotte Elliot


Kisah Di Sebalik Lagu "Dengan Seadanya Aku" oleh Charlotte Elliot

Sebagai seorang wanita muda, Charlotte Elliot tidak yakin akan hubungannya dengan Kristus, tidak yakin bagaimana caranya untuk diselamatkan, meskipun dia dibesarkan sebagai anak seorang pastor, dan pertanyaan menyelidik dari seorang penginjil dari Switzerland, "Apakah Anda dalam keadaan damai dengan Tuhan?", tidak dapat dilupakannya. Ketika dia bertemu dengan penginjil tersebut beberapa minggu kemudian, dia mengatakan bahawa dia tidak dapat mengelak dari pertanyaannya tersebut. Namun, dia memprotes, apa yang mungkin dapat dia bawakan kepada Tuhan? Ketika penginjil itu menjawab bahawa dia tidak perlu membawa apa pun kecuali dirinya sendiri, dia dengan senang hati menerima Kristus.

Rabu, 22 Mac 2023

Aku Hanya Dapat "One Thing, One Place at One Time"


Aku Hanya Dapat "Satu Perkara, Satu Tempat pada Satu Masa"

Di media sosial dan di mana-mana saja anda akan membaca mengenai filem "Everything, Everywhere All At Once" yang telah memenangi 7 anugerah Oscar baru-baru ini termasuklah Oscar untuk pelakon wanita terbaik bagi Michelle Yeoh, yang berasal dari Ipoh, Malaysia.

Aku bukan menulis mengenai filem itu. Yang aku nak tulis adalah mengenai suatu mimpi yang aku alami beberapa tahun yang lepas.

Selasa, 21 Mac 2023

Berani Kerana Benar, Kata Hannah Yeoh Selepas Beri Keterangan


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.30 petang hari ini.

Ini bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja' oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sabtu, 18 Mac 2023

Ketika 'Jesus Revolution' Ditayangkan di Panggung, Produser Menceritakan 'Keajaiban Demi Keajaiban'


LOS ANGELES, California - Tahun 1970-an menyaksikan ramai orang yang melakukan perjalanan ke California selatan untuk mencari kebenaran. Kemudian sesuatu yang luar biasa terjadi: pastor dari sebuah gereja yang dalam pergumulan membuka pintunya untuk seorang pengkhutbah jalanan yang karismatik dan sejumlah anak-anak muda yang terus berdatangan. Hal ini menghasilkan salah satu kebangkitan rohani terbesar dalam sejarah Amerika. Kisah tersebut kini menjadi sebuah filem besar.

'Yeoh Hormat Islam, Tak Pernah Dakwah Kristian Terhadap Saya'


Setiausaha sulit Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mempertahankan menteri itu selepas dituduh terbabit dengan gerakan kristianisasi dan menyalahgunakan kuasa di kementeriannya.

Nor Miswary Ramli berkata, sepanjang dia mengenali serta bekerja dengan Yeoh sejak 2012, tidak pernah sekali pun pemimpin DAP itu mempengaruhinya dengan ajaran Kristian.

Selasa, 14 Mac 2023

Dakwaan Sebar Kristian Cubaan Jadikan Saya ‘Punching Bag’, Kata Hannah


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas dakwaan agensi di bawah kementeriannya menjadi “Kristian Evangelist” sebagai fitnah melampau.

Tuduh Agensi KBS Sebar Kristian, Hannah Buat Laporan Polis Terhadap Che’GuBard


PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook Che’GuBard berhubung tuduhan agensi KBS menjadi “Kristian Evangelist” selepas pelantikannya.

Isnin, 13 Mac 2023

Pandangan: Apa itu Kebangunan Rohani - dan Apakah Itu Terjadi di Asbury?


Oleh Craig Keener:

"Saya fikir kamu sedang berdoa untuk kebangunan rohani. Apa yang kamu lakukan di bawah?"

Dengan kata-kata itu, isteri saya memanggil saya dari ruang bawah tanah Rabu malam lalu, di mana saya sedang mengerjakan sebuah buku yang sangat panjang dan mengabaikan apa yang sedang terjadi di kampus Universiti Asbury. Saya mengajar di Seminari Asbury yang berdekatan. Dan jika Anda mengikuti berita semasa, Anda tahu bahawa orang berbondong-bondong pergi ke universiti tersebut - dan sekarang ke seminari - untuk menyaksikan dan mengalami apa yang disebut oleh beberapa orang sebagai kebangunan rohani.

Ahad, 12 Mac 2023

'Asbury Sudah Berubah': Setelah Roh Kudus Menjamah Kampus Anda, Apa Yang Akan Terjadi Selanjutnya?


Jennifer McChord adalah timbalan presiden bahagian pendaftaran dan pemasaran Universiti Asbury, dan anak perempuannya adalah pelajar tahun pertama di sana. Dia memberitahu Premier Christianity akan keadaan beberapa hari pertama tersebut, dan apa yang telah mereka pelajari dari pencurahan yang telah lama mereka doakan untuk mereka terima.