Khamis, 30 Mei 2024

Persekutuan Kristian Malaysia: Sambutlah Gawai dan Kaamatan Dalam Perpaduan dan Damai


KUCHING, 29 Mei -  Persekutuan Kristian Malaysia / Christian Federation of Malaysia (CFM) telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk datang bersama merayakan Hari Gawai dan Pesta Menuai dengan harapan menginspirasikan perpaduan dan damai yang lebih kukuh lagi.

Sabtu, 25 Mei 2024

Jawatankuasa Eksekutif NECF Dilantik Untuk Tempoh 2024-2025


Pada pagi tadi, semasa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan NECF yang ke-19, jawatankuasa eksekutif untuk tempoh 2024-2025 telah dilantik.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Eksekutif NECF untuk 2024-2025:

Ahad, 12 Mei 2024

Infografik: Penciptaan Langit dan Bumi Dalam 6 Hari


Kitab Kejadian mengisahkan mengenai penciptaan langit dan bumi oleh Allah dalam 6 hari.

Hari 1 - Cahaya

Berfirmanlah Allah, "Jadilah cahaya." Lalu terus ada cahaya. Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan. Allah menamai cahaya itu siang, dan kegelapan itu dinamai-Nya malam. Malam muncul dan disusuli pagi, dan itulah hari yang pertama. (Kejadian 1:3-5, AVB)

Ahad, 5 Mei 2024

Tahukah Anda... Kategori Buku-Buku Dalam Alkitab?

- The Chara Project

Perjanjian Lama dan Baru

Pembahagian utama yang digunakan untuk menyusun buku-buku dalam Alkitab adalah pembahagian di antara Perjanjian Lama dan Baru. Pembahagian ini adalah jelas dan mudah. Buku-buku yang ditulis sebelum masa Yesus dikumpulkan dalam Perjanjian Lama, manakala buku-buku yang ditulis selepas kehidupan dan pelayanan Yesus di bumi dikumpulkan dalam Perjanjian Baru. Terdapat 39 buku dalam Perjanjian Lama dan 27 buku dalam Perjanjian Baru.