Ramai misionari pintar mempelajari bahasa, tetapi Jonathan Goforth tidak sebegitu. Baginya bahasa Cina amatlah sukar.
Katika dia berkhutbah di ruang ibadah, orang-orang lain akan menuding kepada McGillivray, sambil berkata, "Kamulah yang berucap, kami tak mengerti apa yang dia kata!" Bagi McGillivray pula, bahasa adalah mata pelajaran yang paling dikuasainya, dan dia kemudian akan dikenali sebagai penterjemah bahasa Cina yang hebat.
Rasa kecewa hampir mengalihkan Jonathan dari pelayanannya. Pada suatu hari, semasa bersedia pergi ke ruang ibadah misi untuk tugasan khutbah yang telah dijadualkan, Jonathan mengakui kepada Rosalind, "Jika Tuhan tidak melakukan mukjizat untukku mengenai bahasa ini, aku risau aku akan paling gagal sebagai misionari!" Sambil dia mengambil Alkitab bahasa Cinanya, dia pergi dengan bimbang, tetapi kembali dua jam kemudian dengan sukacita yang tidak dapat dibendung lagi.
"Oh Ros! Sungguh bagus sekali! Apabila aku mula berucap, frasa-frasa dan kata-kata yang dulunya sering menjauhiku semuanya muncul kepadaku, dan apa yang kuucapkan begitu difahami oleh orang-orang lain sehingga mereka meminta aku meneruskan lagi, biarpun Donald sudah bangkit untuk berucap. Aku tahu kekangan bahasaku telah dipatahkan! Puji Tuhan!"
Bertahun-tahun kemudian, seorang pakar bahasa Cina berkata kepada Jonahan, "Dari mana kamu dapat gaya bahasa Cina kamu? Apapun yang kamu lakukan, jangan pernah ubah itu! Kamu akan difahami di lebih banyak kawasan di China berbanding sesiapapun yang aku kenali!"
Jawaban Tuhan yang ajaib kepada doa Goforth telah bertahan seusia hidupnya!
(Diterjemahkan dari artikel Facebook Smith Wigglesworth and Other Generals of God bertajuk, "Supernatural Language" bertarikh 25 Jun 2025)