Ahad, 21 September 2025

Memperingati Charlie Kirk - Kesan Besar dan Berterusan Imannya Dalam Kristus


Berikutan pembunuhan Charlie Kirk di Universiti Utah Valley yang mengejutkan dan menyedihkan itu, kemasyhuran Kirk telah hanya melonjak di sekeliling dunia sebagai seorang peribadi yang ingin menyampaikan kebenaran, isu-isu konservatif dan injil Yesus Kristus kepada mereka yang di sekelilingnya. Bagaimanapun, adalah imannya yang dia paling ingin diingati. 

Dalam satu temubual sebelum ini di podcast Ice Coffee Hour dengan Jack Selby, Kirk telah ditanya, "Bagaimanakah kamu ingin diingati?"

"Maksud kamu, jika saya mati?" tanya Kirk.

Selby menjelaskan, "Kalau kamu dapat dikaitkan dengan satu perkara, bagaimanakah kamu ingin diingati?"

"Saya ingin diingati untuk keberanian akan iman saya," kata Kirk. "Itulah hal yang paling penting. Hal yang paling penting adalah iman saya."

Dan tentu sekali, Kirk akan diingati untuk keberaniannya yang tidak segan silu untuk agama Kristiannya. Seperti dicatit oleh Fox News, beberapa hari sebelum kematiannya, dia telah menulis di X, "Yesus telah mengalahkan maut supaya kamu dapat hidup."

Pertubuhan berita itu juga telah membincangkan bagaimana Kirk menceritakan mengenai imannya dalam perbualan dengan Russell Brand tahun lepas. "Saya seorang yang berdosa. Saya jatuh jauh dari kemuliaan Tuhan. Kita semua juga begitu. Saya telah menyerahkan hidup saya kepada Tuhan ketika darjah lima, dan itu adalah keputusan paling penting yang pernah saya ambil, dan segala yang saya lakukan melibatkan Yesus Kristus."

Nyawa Charlie Kirk telah secara tragik dicabut pendek, namun begitu mesejnya masih terus bergema dengan kesan yang kekal. Lebih daripada pengaruhnya dalam politik atau budaya, dia akan diingati sebagai orang yang telah dengan berani berdiri untuk imannya pada Yesus Kristus. Keberaniannya, kepercayaannya dan kesaksiannya kini menjadi peringatan bahawa legasi yang sebenarnya tidak diukur dengan kejayaan duniawi, tetapi oleh kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Dia yang telah mengalahkan maut dan memberikan hidup kekal. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christianity House bertajuk, "Remembering Charlie Kirk: The Powerful Lasting Marks of His Faith in Christ" bertarikh 13 September 2025)