Rabu, 27 Ogos 2025

Hari Ini Hari Yang Bagus!


Ketika aku bangun pagi, tercetus kata-kata ini dihatiku, "Hari ini hari yang bagus."

Aku terus mengucapkan amen terhadap kata-kata itu!

Namun aku mula berfikir mengapakah aku mengatakan hari ini bagus?

Adakah hari ini bagus kerana aku mengatakannya? Apakah kalau ada hal yang baik atau buruk terjadi pada hari ini?

Adakah hari ini masih bagus kalau ada hal kurang baik terjadi hari ini?

Aku mulai menyedari bahawa:

"Hari ini hari yang bagus bukan kerana harinya bagus, 

tetapi kerana adanya Tuhan di hidupku pada hari ini."

Itulah hari yang bagus!

"Berbahagialah bangsa yang Allahnya ialah TUHAN!" (Mazmur 144:5b)