Rabu, 10 Oktober 2012

Tahukah Anda... Injil Matius Telah Diterjemah Ke Bahasa Melayu Oleh AC Ruyl Pada 1612?

Injil Matius Terjemahan Bahasa Melayu
Yang Disiapkan Oleh AC Ruyl pada 1612

Injil Matius Telah Diterjemah Ke Bahasa Melayu 400 Tahun Yang Lalu Oleh Pedagang Belanda Bernama AC Ruyl...


Tidak ramai orang yang menyedari bahawa lama sebelum terjemahan Alkitab diadakan dalam Bahasa Cina, Tamil atau Tagalog, Injil Matius telahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh seorang pedagang Belanda bernama Albert Cornelius Ruyl. Terjemahan itu telah disiapkan pada 1612, cuma setahun selepas terjemahan Bahasa Inggeris King James Version diedarkan, dan telah dicetak pada 1629. 


Injil Matius terjemahan AC Ruyl
disiapkan pada tahun 1612 dan
 dicetak pada tahun 1629
Sangat menarik bahawa Injil Matius dalam Bahasa Melayu ini merupakan terjemahan pertama sebahagian Alkitab yang bukan dalam bahasa Eropah. Naskah asal terjemahan Bahasa Melayu Injil Matius ini yang bertajuk: Iang Testamentum Baharu: Evangelium Mulkadus Bersuratnja Kepada Mattheum boleh didapati di Public Library of Stuggart, Jerman.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel "A Bird's Eyes View of the History of the Malay Bible Translation" yang ditulis Dr. Daud Soesilo di laman web Bible Society of Malaysia)