Isnin, 31 Disember 2012

Tahukah Anda... Populasi Dunia Mengikut Agama Bagi Tahun 2010?

Pew Research Center baru-baru ini telah pun  mengeluarkan laporan kependudukan dunia mengikut agama bagi 2010. Laporan ini hasil kajian teliti dan menyeluruh Pew Research Centre's Forum on Religion & Public Life ke atas lebih 230 negara dan wilayah, meliputi analisa lebih 2,500 banci, tinjauan dan daftar penduduk. Bacalah hasil kajian mereka di bawah...

Di sekeliling dunia lebih lapan daripada sepuluh penduduk mengenalkan diri dengan salah satu kelompok keagamaan. Pew Research Centre menganggarkan terdapat 5.8 billion orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai anutan agama, mewakili 84% daripada populasi dunia 2010 yang berjumlah 6.9 billion.

Kajian ini mendapati bahawa terdapat 2.2 billion Kristian (32% daripada populasi dunia), 1.6 billion Muslim  (23%), 1 billion Hindu (15%), hampir 500 juta beragama Buddha (7%), dan 14 juta orang Yahudi (0.2%) di sekeliling dunia pada tahun 2010.

*Folk Religion = Amalan Kepercayaan Tempatan, 
Unaffiliated = Tiada Anutan Agama

Tambahan lagi, terdapat 400 juta orang (6%) mengamalkan Folk Religion (Amalan Kepercayaan Tempatan) termasuk agama tradisi Afrika, China, orang asli Amerika dan Australia. Selain itu, dianggarkan 58 juta orang - sedikit kurang daripada 1% populasi global - tergolong dalam agama-agma lain seperti kepercayaan Bahai, Jainisme, Sikhisme, Shintoisme, Taoisme dan lain-lain.

Pada masa yang sama, kajian baru oleh Pew Forum ini mendapati lebih kurang satu dalam enam penduduk di sekeliling dunia (1.6 billion, atau 16%) tidak mempunyai anutan agama. Ini menjadikan kelompok tiada anutan agama, kelompok yang ketiga besar selepas Kristian dan Muslim, dan lebih kurang sama jumlah dengan populasi Katolik di dunia. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ramai daripada orang yang tiada anutan agama ini memegang setengah-setengah kepercayaan rohani atau agama (seperti percaya kepada Tuhan atau roh sejagat) walaupun mereka tidak mengenalkan diri dengan mana-mana agama.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Pew Forum on Religion & Public Life bertajuk "The Global Religious Landscape" bertarikh 18 Disember 2012)

Baca Lanjut  Populasi Kristian Di Dunia