Selasa, 20 Mei 2014

Dia Berwajahkan "Ya"!



Semasa Thomas Jefferson menjadi Presiden Amerika Syarikat, dia dan sekumpulan pengembara sedang menyeberangi sebatang sungai yang airnya naik sampai melimpah ke tebing. Setiap orang menyeberangi menaiki kuda sambil mempertaruhkan nyawa mereka.

Seorang pengembara berdiri bersendirian sambil menyaksikan kumpulan itu menyeberangi sungai yang berbahaya itu dan dia kemudiannya meminta Presiden Jefferson untuk membawanya ke seberang. Presiden bersetuju tanpa teragak-agak,  lalu orang itu menaiki kuda itu, dan kedua-dua mereka berjaya mengharungi dengan selamat ke tebing seberang, di mana ada seorang yang menanya pengembara itu, “Mengapakah anda meminta pertolongan ini daripada Presiden?”

Pengembara itu terkejut, dan mengaku bahawa dia tidak tahu bahawa Presiden Amerika Syarikatlah yang telah membawanya dengan selamat ke seberang sungai.

“Yang aku tahu,” katanya, “pada wajah sebahagian daripada kamu tertulis jawapan “’Tidak’ dan di sebahagian wajah-wajah lain ialah jawapan ‘Ya.’  Beliau berwajahkan ‘Ya’.”


Keputusan yang paling penting aku lakukan setiap hari ialah pemilihan sikapku. Apabila sikapku betul. tiada halangan yang terlalu tinggi, tiada lembah yang terlalu dalam, tiada impian yang terlalu besar, dan tiada cabaran yang terlalu sukar.” – Pastor Chuck Swindoll 


(Diterjemahkan daripada artikel laman Albert's Sermon Illustrations bertajuk "The 'YES' Face" bertarikh 20 Mei 2014)