Rabu, 21 Mei 2014

Perumpamaan Mencari Belon



Pada suatu hari, sekumpulan 500 orang sedang mengikuti suatu seminar. Tiba-tiba penceramah berhenti bercakap dan membuat keputusan menjalankan suatu aktiviti berkumpulan. Dia mula memberikan sebiji belon kepada setiap peserta. Kemudian setiap peserta diminta menuliskan nama mereka di atas belon mereka dengan menggunakan pen marker. Selepas itu semua belon dikutip dan diletakkan di bilik yang lain. 

Selepas itu peserta-peserta dibawa ke bilik itu dan dikehendaki mencari belon yang tertulis nama mereka dalam masa 5 minit. Setiap orang berhempas-pulas mencari nama mereka, sambil berlanggar dan menolak satu sama lain. Keadaannya huru-hara. 

Pada penghujung 5 minit, tidak seorang pun yang dapat menemukan belon mereka. 

Kemudiannya penceramah meminta setiap orang untuk mengambil satu belon secara rawak dan memberikannya kepada orang yang namanya tertulis di situ. Dalam beberapa minit, setiap orang sudah mendapatkan belon mereka sendiri. 

Penceramah itu mula mengatakan, "Inilah yang berlaku dalam hidup kita. Setiap orang berhempas-pulas mencari kebahagiaan ke sana-sini, tanpa mengetahui di mana ianya berada. 

"Kebahagiaan kita terletak pada kebahagiaan orang lain. Berikan kebahagiaan kepada mereka, dan anda juga akan mendapatkan kebahagiaan anda. Inilah tujuan hidup manusia... mencari kebahagiaan."

_____________________________


Alkitab telah menyatakan: "Berilah dan kamu akan diberi..." (Lukas 6:38)