Istana Kehakiman di Putrajaya (foto dari laman Loyarburuk) |
Mahkamah Persekutuan semalam
menolak rayuan permohonan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam akhbar
mingguan Herald . Berita semalam boleh dibaca di sini.
Empat daripada panel 7 hakim
memutuskan Mahkamah Rayuan telah mengambil tindakan tepat mengharamkan penggunaan
perkataan itu dalam akhbar berkenaan. Tiga hakim bagaimanapun, memihak kepada
gereja.
Apakah kata tiga hakim yang menyokong permohonan rayuan itu?
Tan Sri Richard Malanjum |
Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan
Sri Richard Malanjum
Terdapat beberapa isu serius yang
perlu diputuskan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan
kalimah Allah oleh akhbar mingguan, Herald.
Meskipun Mahkamah Rayuan
memutuskan bidang kuasa KDN untuk melarang perkataan itu, Malanjum berkata isu
berkenaan seharusnya diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Beliau berhujah, Herald diedarkan
sejak 14 tahun lalu sebelum ia diharamkan KDN.
"Tiada bukti prejudis kepada
ketenteraman awam pada tempoh itu dan penggunaan perkataan itu juga tidak
dilarang dalam penerbitan lain seperti Alkitab dan kitab suci Sikh.
"Disebabkan itu, gereja
berpuas hati dengan keperluan mengikut Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Bidang Kuasa
Mahkamah untuk membenarkan rayuan.
"Ia perlu ditekankan faktor
lain yang perlu diberi pertimbangan khusus adalah darjah kepentingan umum dalam
isu perundangan yang dibangkitkan perayu (gereja),” katanya.
Beliau berkata, meskipun kes itu
melibatkan seksyen Bahasa Melayu Herald, Mahkamah Rayuan seolah-olah
merangkumkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam semua
acara.
"Kebanyakan kumpulan
terjejas, seperti komuniti Sikh, walaupun tidak terlibat dalam kes ini,”
katanya.
Datuk Zainun Ali |
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Zainun Ali
Zainun, yang menyebelahi Gereja
Katolik supaya diberikan peluang untuk membuat rayuan mengkritik tiga hakim
mahkamah rendah kerana melangkaui bidang kuasa mereka.
Beliau berkata, hakim Mahkamah
Rayuan seharusnya fokus kepada isu perundangan sejak pembetulan, atau
sebaliknya, kerana amalan agama menjangkaui kelayakan hakim mengenai fakta dan
undang-undang.
"Jawapan di Mahkamah Rayuan
tidak jelas kerana mereka tidak mempersoalkan undang-undang atau fakta berupaya
membuktikan di mahkamah dengan bukti yang ditampilkan," katanya.
Zainun berkata, kaedah
perundangan dilengkapi untuk berdepan hanya fakta utama.
"Mahkamah sekular seperti
kita lemah untuk menentukan ketepatan atau keikhlasan kepercayaan agama yang
subjektif berkenaan doktrin dan amalan.
"Pertelingkahan seperti itu
berada di luar perimeter kompetensi penghakiman.
"Selain itu, apabila fakta
dakwaan sejarah dijadikan bukti afidavit dan Internet yang tidak disahkan,
tidak boleh diterima.
"Kebenaran tidak seharusnya
disalah erti sebagai munasabah," katanya.
Zainun berkata, ini adalah kes
yang sesuai diberikan kebenaran rayuan demi kepentingan awam untuk
meletakkannya dalam perspektif lebih baik.
"Alasan seharusnya mengatasi
segalanya dan semua pihak harus mengamalkan halangan dan memegang kepada
kepercayaan dan toleransi agama.
"Amat penting niat baik
semua agama dan kaum dibawa berbincang dan diselesaikan dengan baik,” katanya.
Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha |
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan
Sri Jeffrey Tan Kok Wha
"Permohonan ini jelas di
mana rayuan tidak boleh ditolak kerana semua syarat dipenuhi.
"Hakim tidak seharusnya
tergesa-gesa dalam isu ini dan merit mereka masih boleh dipertikaikan,"
katanya.
Tan berkata, persoalan
Perlembagaan seharusnya dijawab Mahkamah Persekutuan.
"Sangat penting untuk
dijawab," katanya.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin
Zakaria, yang mengetuai panel tujuh hakim berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan
Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar bersetuju permohonan
untuk mendapatkan kebenaran rayuan berkenaan tidak boleh diberikan kepada
Gereja Katolik.
Mereka menolak permohonan rayuan
gereja, dengan berkata, Mahkamah Rayuan mengambil tindakan tepat dengan
keputusan mereka melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik,
Herald. – 24 Jun, 2014.
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Apa Kata 3 Hakim Yang Sokong Rayuan Kalimah Allah" penulisan V. Anbalagan bertarikh 24 Jun 2014)