Pasukan Brazil memenangi Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun |
Piala Dunia 2002 tidak sepatutnya pertandingan milik Brazil. Pasukan Argentina yang kuat dibarisi pemain-pemain seperti Batistuta dan Veron kelihatannya tidak dapat dikalahkan, sementara Brazil pula nyaris-nyaris tidak melayakkan diri. Namun begitu pasukan La Selecao ini mendapat undian yang menguntungkan, dan bermain menentang China, Turki dan Costa Rica di peringkat kumpulan.
Selepas mengalahkan tiga pasukan ini, pasukan Brazil seterusnya bermain dengan Belgium dan kemudiannya England di peringkat suku akhir. Dalam separuh akhir, mereka bertemu lagi dengan Turki dan cuma meraih kemenangan 1-0.
Sementara itu perjuangan Argentina telah ditamatkan di peringkat kumpulan oleh gol David Beckham dan permainan cemerlang dari pasukan Sweden, dan hanya tinggal pasukan Jerman yang diketuai oleh penjaga gol handalan Oliver Kahn yang memisahkan Brazil dari kegemilangan Piala Dunia.
Di tengah-tengah sambutan kemenangan yang penuh kegembiraan dan konfeti yang berterbangan, sekumpulan tiga pemain, termasuk Kaka dan Lucio, bersujud di padang dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk kemenangan. Kemudiannya, seluruh pasukan berlutut sambil berdoa dan memuliakan Tuhan, dan di atas pentas kejuaraan beberapa pemain memakai baju yang tertulis kata-kata seperti "I belong to Jesus" dan "Jesus loves you."
Selepas Piala Dunia 2002, beberapa pemain Brazil terus menyatakan iman mereka di khalayak umum. Terdapat tujuh orang Kristian dalam senarai pasukan Brazil untuk Piala Dunia 2006; ramai daripada mereka dikenali dengan amalan berdoa di tengah padang dan mempamerkan baju bertema Kristian selepas menjaringkan gol atau memenangi sesuatu perlawanan. Lucio dan Kaka memimpin delegasi Kristian ini - kedua-dua mereka memakai baju bertema Kristian selepas Brazil memenangi Piala Konfederasi 2005 dan 2009.
Lucio menjadi ketua pasukan selepas persembahan Piala Dunia 2006 yang mengecewakan bagi Brazil. Dia kelihatan tidak terlalu terbeban dengan pengharapan seluruh negara yang dipikulnya. Katanya, "Sesiapa pun yang melangkah ke padang bola sepak harus menerima keputusannya. Bila kita kalah, kita perlu membuat analisa apakah sebabnya."
Analisanya kelihatan berkesan - di awal musim panas 2009, Brazil mengalahkan Amerika Syarikat untuk memenangi Piala Konfederasi. Dalam Piala Dunia mendatang, pengharapan terhadap pasukan Brazil akan meninggi lagi, tetapi pemain-pemain itu dengan cepat menyatakan bahawa kehidupan adalah lebih daripada menang dan kalah. Dalam satu temuramah online, Lucio mengatakan, "Sesiapa pun yang memikirkan bahawa dia memiliki segala sesuatu tetapi tidak memiliki Kristus sebenarnya tidak memiliki apa-apa."
Pasukan Brazil Memuji Yesus Selepas Memenangi Piala Dunia 2002