Khamis, 17 Julai 2014

James Rodriguez Memenangi Kasut Emas Piala Dunia 2014

James Rodriguez dari Colombia

James Rodriguez mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan Colombia setelah dia memenangi Kasut Emas di Piala Dunia 2014.

Rodriguez telah menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan sambil Colombia mara ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Brazil.

Penyerang kelab Monaco itu telah menjaringkan gol dalam kesemua perlawanan Colombia dalam Kumpulan C, termasuk dua gol dalam kemenangan 4-1 menentang Jepun.

Dia juga telah mencecah jaring dalam perlawanan menentang Uruguay di pusingan 16 pasukan terakhir, dan melalui sepakan penalti dalam kekalahan kepada pasukan tuan rumah.

Walaupun dia tidak berada di Rio de Janeiro untuk menerima pialanya secara peribadi, dia telah menghantar tweet untuk mengatakan, "Terima kasih kepada Tuhan. Kepada anda semua atas kekuatan yang anda berikan. Dan rakan-rakan sepasukanku yang menjadikannya mungkin."



Dalam 399 minit di atas padang Rodriguez telah menjaringkan enam kali dan membantu dalam dua gol lagi, memain peranan penting dalam lapan daripada 15 gol Colombia dalam pertandingan ini.

Persembahannya yang baik telah menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan dari Monaco ke Real Madrid.

Thomas Muller dari Jerman mendapat tempat kedua dengan lima gol, untuk dua Piala Dunia berturut-turut, sementara Neymar, Lionel Messi dan Robin van Persie semuanya menjaringkan empat kali.

Rodriguez juga telah disenaraikan untuk anugerah Bola Emas untuk pemain terbaik di Piala Dunia 2014, namun begitu Lionel Messi yang berjaya menjadi pemenang anugerah itu.


VIDEO: 6 Gol Jaringan James Rodriguez Di Piala Dunia FIFA 2014



Update 21 Julai 2014 - Dalam keputusan undian FIFA.com yang telah dikeluarkan hari ini, gol James Rodriquez dengan rembatan volley menentang Uruguay telah dipilih Gol Terbaik Piala Dunia 2014 oleh lebih 4 juta pengundi, iaitu tiga perempat daripada mereka yang mengambil bahagian dalam undian.


(Diterjemahkan daripada artikel laman ABC 7 Chicago bertajuk "James Rodriguez Wins Golden Boot" bertajuk 16 Julai 2014)