Selasa, 23 September 2014

Penganut Kristian Di Sabah Laksanakan 'Mamangkis' Bagi Menuntut Prinsip-Prinsip Yang Adil Dan Saksama



Selepas tiga hari acara doa "Mamangkis" sepanjang cuti Hari Malaysia, kumpulan-kumpulan Kristian di Sabah bersatu dalam menyeru kerajaan untuk mengembalikan prinsip tadbir urus adil, saksama dan berdemokrasi seperti yang dibayangkan oleh mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan dan oleh bapa-bapa pengasas Persekutuan Malaysia.

Dalam satu deklarasi bersama 30 perkara, mereka mengambil perhatian bahawa percambahan undang-undang menindas yang bercanggah dengan kebebasan asasi sivil kita secara berterusan, mengisytiharkan bahawa badan perundangan, eksekutif dan kehakiman kerajaan perlu mengambil langkah-langkah segera untuk menghapuskan undang-undang dan pendakwaan terpilih sebegini.

"Mamangkis" adalah laungan perang lama yang digunakan oleh nenek moyang suku kaum Kadazan dan Dusun untuk menyeru pahlawan-pahlawan pergi berperang. Laungan "mamangkis" terkini kedengaran di bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun di Penampang, di pinggir Kota Kinabalu. Ia adalah salah satu daripada siri yang dianjurkan oleh Perdaduan Anak Negeri (PAN), sejak Disember tahun lepas yang menjadikan "mamangkis" satu seruan kebangkitan penganut Kristian.

Perisytiharan itu telah ditandatangani bersama pada penutup mesyuarat itu pada 17 September oleh Bishop Datuk Dr Thomas Tsen, presiden Majlis Gereja Sabah dan Datuk Jerry Dusing, pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Sabah (COSA). Penandatangan yang lain termasuklah pengerusi PAN, Pastor Ester Golingi, dan pemimpin-pemimpin Fellowship Kota Kinabalu – Pastor Steven Choon dan Pastor Daniel Chin.


Pemimpin-pemimpin ini mengisytiharkan bahawa walaupun Islam adalah agama rasmi persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dan kaum lain hendaklah mempunyai hak perlembagaan dan kebebasan untuk menganut, mengamalkan, menyebar dan menguruskan agama masing-masing tanpa gangguan dan campur tangan kerajaan.

"Perlembagaan memperuntukkan undang-undang bagi pentadbiran dan undang-undang Islam, dan ia tidak boleh digunakan ke atas orang-orang bukan Islam, ataupun membuatkan orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah.

"Kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan dinyatakan dalam perkara pertama 18 dan 20 perkara-perkara di Sarawak dan Sabah masing-masingnya untuk menjadi sebahagian daripada Perjanjian Malaysia, tetapi badan perundangan, eksekutif dan kehakiman telah berterusan dan dengan sengaja mengenepikan hak-hak penganut agama-agama lain dengan melaksanakan undang-undang dan keputusan yang menyekat kebebasan itu," jelas mereka.

Mereka juga menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Kristian Bumiputera "untuk merujuk kepada Tuhan sebenar" dan larangan terhadap penggunaan Alkitab, bible Bahasa Melayu, sejak awal 1980-an adalah contoh tindakan melanggar hak-hak asasi manusia.

Pada pendapat mereka, peringkat tertinggi badan kehakiman semakin cenderung untuk mempertahankan ketuanan bangsa dan agama, daripada memenuhi sumpah jawatan mereka untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan.

"Badan kehakiman mesti bertindak dengan keadilan dan kebenaran supaya rakyat biasa boleh minum dari mata air keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih," tambah perisytiharan itu.




Mereka berkata hak untuk menentukan teologi dan liturgi, termasuk terjemahan kitab-kitab suci agama bukan Islam, adalah dimiliki secara eksklusif oleh pihak berkuasa gereja masing-masing. Oleh itu, kerajaan termasuk agensi-agensi Islam dan sultan-sultan sebagai ketua agama Islam di negeri mereka masing-masing tidak boleh campur tangan dalam bidang kuasa eksklusif agama lain.

Sambil berkata bahawa krisis penggunaan kalimah 'Allah' dan Alkitab masih tidak dapat diselesaikan selepas lebih 30 tahun, para pemimpin Sabah Kristian memperakui bahawa ahli-ahli Gereja di Malaysia yang bertutur Bahasa Melayu tiada pilihan lain, selain terus menggunakan perkataan ini dan Alkitab dengan cara yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka.

"Terdapat juga elemen dakwah pelampau yang menjalankan pengislaman agresif secara rahsia dan terang-terangan untuk mengislamkan Bumiputera Kristian melalui ugutan, penipuan, atau dorongan, terutamanya mensasarkan penduduk-penduduk kampung terpencil dan miskin, dan juga pengislaman pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di asrama-asrama kerajaan.

"Di sebalik penafian Jabatan Pendaftaran Negara, ia juga mengklasifikasikan orang asal yang beragama Kristian dengan 'bin' atau 'binti' dalam nama mereka sebagai orang Islam dalam MyKad mereka, tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka."

Mereka berkata "amalan yang menindas dan menyalahi undang-undang" sebegini perlu dihentikan dengan serta-merta.




Dalam sebuah lagi perkara dalam perisytiharan itu, mereka menyokong hak-hak rakan-rakan mereka, Orang Asli Semenanjung, yang menurut mereka telah dikecualikan daripada hak-hak istimewa dan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang peribumi.

Perisytiharan itu merasakan bahawa sudah tiba masanya selepas pengecualian yang tidak adil selama setengah abad ini, hak-hak masyarakat peribumi Orang Asal diberi pengiktirafan dengan segera.

Mereka turut menyentuh mengenai keadaan berkaitan dengan pendatang-pendatang haram di Sabah, menekankan bahawa sebilangan besar daripada mereka telah mendapat kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, dan kemudian didaftarkan sebagai pengundi, melemahkan pilihan raya yang bebas, adil dan berdemokrasi, dan pelakunya mesti menerima tindakan undang-undang.

Pemimpin-pemimpin Kristian Sabah memulakan pengakuan mereka dengan menyatakan komitmen mereka untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan dengan jelas bahawa Perlembagaan Persekutuan harus menjadi undang-undang tertinggi di negara ini, dan semua rakyat perlu mempunyai perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang.

"Apa-apa bentuk ketuanan lain adalah jelas sebuah ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan, dan tidak boleh diterima," kata mereka.

(Diambil daripada artikel The Daily Ant bertajuk "Penganut Kristian Di Sabah Laksanakan 'Mamangkis' Bagi Menuntut Prinsip-Prinsip Yang Adil Dan Saksama" penulisan Joe Leong bertarikh 20 September 2014)