Jumaat, 21 November 2014

5 Juta Orang Di Sekelling Dunia Terima Kristus Melalui Laman Web Billy Graham

Laman internet PeaceWithGod.net

Laman penginjilan internet yang telah dimulakan oleh Billy Graham Evangelistic Association (BGEA) telah mencapai batu tanda baru hujung minggu lepas apabila orang yang kelima puluh juta menerima Kristus di PeaceWithGod.net

Pelayanan itu menggunakan ayat-ayat Alkitab dan penyampaian video untuk berkongsi Injil dengan pelawat-pelawat ke laman itu, yang telah dilancarkan pada Mei 2011. 

"Ini sangat bermakna sebab kami mengikuti tradisi Billy Graham dalam menggunakan kemudahan teknologi yang paling canggih dan menjangkau orang di mana pun mereka berada dengan pengharapan Yesus," kata John Cass, Pengarah Penginjilan Internet BGEA. "Ini telah memberikan kami peluang untuk mencapai hingga ke hujung bumi."

Billy Graham
Lebih daripada 20,000 orang sehari melihat paparan penyampaian Injil melalui laman itu. "Untuk bertahun-tahun kami telah berusaha untuk memenuhi lokasi-lokasi supaya Billy. Franklin dan Will dapat memberitakan Injil." kata Cass. "Bagi kami, ini serupa dengan mengalu-alukan stadium yang penuh untuk mendengar mesej itu secara harian. Perbezaannya ialah para penonton kami mungkin di Rusia, atau Arab Saudi, atau tempat-tempat lain di mana kami biasanya tidak dapat pergi.'

Pada bulan Oktober 2014 sahaja, 45,000 orang di Iraq, 34,000 di Syria dan 33,000 di Arab Saudi melihat paparan mesej Injil di PeaceWithGod.net.

Matlamat dan cabaran yang dihadapi BGEA ialah membawa orang yang telah menerima Kristus ke dalam satu perhubungan pemuridan. Untuk memenuhi keperluan itu, pelayanan itu telah membina satu rangkaian yang besar sukarelawan-sukarelawan terlatih yang sedia untuk live chat (perbualan internet secara langsung) dengan mereka yang ingin menanya soalan dan menjawab persoalan mereka.

Mereka juga telah menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk orang-orang yang baru percaya, dan secara aktif berusaha membantu orang-orang yang baru percaya mencari gereja di mana mereka boleh bertumbuh dalam iman. 

Walaupun pelayanan penginjilan internet ini hanya wujud sejak 2011, ianya telah menjadi sokongan tambahan kepada acara-acara Franklin Graham Festival, My Hope with Billy Graham, dan pelayanan-pelayanan lain yang berkaitan dengan BGEA. 

"Walaupun kami merayakan dan memberi kemuliaan kepada Tuhan untuk keputusan yang kelima puluh juta untuk Kristus melalui pelayanan ini, kami menyedari ianya bukan mengenai angka itu," kata Cass. "Setiap orang yang telah membuat keputusan mengenai mesej Injil di laman kami - dari yang pertama hinggalah yang kelima puluh juta - adalah anak lelaki atau perempuan seseorang; ibu atau ayah seseorang. Setiap orang adalah peribadi yang telah didoakan dan dikasihi oleh Tuhan," 

(Diterjemahkan daripada artikel God Reports bertajuk, "Five Million Worldwide Receive Christ Via Billy Graham Website" penulisan Mark Ellis bertarikh 19 November 2014)