Isnin, 15 Disember 2014

Polis Johor Menunggu Peguam Negara Berkenaan Buku-Buku Lagu Yang Dirampas



Tidak diketahui mengapa Pejabat Peguam Negara perlu dirujuk oleh kerana paderi itu bukan menyebarkan agama Kristian kepada orang-orang Islam.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya CID Johor, Dennis Lim telah mengesahkan dalam satu laporan terbaru media bahawa Pejabat Peguam Negara akan membuat keputusan mengenai 30 salinan fotostat dan satu naskah asli buku lagu, bertajuk, "Kepujian Kepada Tuhan Allah", yang dirampas daripada seorang paderi Kristian pada 5 Disember. 

Dia mengakui bahawa dua daripada pegawainya telah merampas buku-buku itu daripada seorang paderi Kristian, Father Cyril Mannayagam, 44 tahun, di sebuah kedai fotostat di Tangkak, berhadapan dengan ibu pejabat polis Ledang.

"Kita tidak dapat membuat keputusan ke atas buku-buku lagu itu sehingga timbalan pendakwaraya awam memberikan jawapan kepada kami," kata Lim. "Kami tidak menahan paderi itu meskipun dia diminta mengikuti pegawai-pegawai kami ke balai polis. Kami hanya mengambil kenyataan daripadanya." 

Kes itu, dia mengesahkan, telah dikelaskan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan ketidakharmornian, perpecahan, atau perasaan permusuhan,  kebencian, atau niat jahat atas alasan agama. 

Dia tidak dapat menerangkan mengenai pengkelasan itu memandangkan paderi itu hanya memberikan khidmat kepada orang-orang Kristian.

Dia tidak menjelaskan mengapa Pejabat Peguam Negara perlu dirujuk dalam kes ini, kerana menurutnya, paderi itu bukan menyebar agama Kristian kepada orang-orang Islam. 

Dalam satu kes yang terdahulu di Selangor pada Januari, di mana pihak berkuasa agama telah merampas 351 naskah Bible dalam Bahasa Malaysia dan Iban, Peguam Negara telah mengeluarkan perintah bahawa tidak ada kes untuk dakwaan - oleh kerana tidak ada penyebaran agama kepada orang-orang Islam - dan lebih-lebih lagi, naskah-naskah Bible tersebut memang untuk Sarawak. Tetapi Sultan memutuskan bahawa, dalam satu temubual dengan sebuah akhbar tempatan Bahasa Inggeris baru-baru ini, undang-undang telah "diceroboh."

Father Cyril, melalui perbualan telefon, berkata dia hanya membenarkan media untuk melaporkan rampasan itu kerana pihak polis enggan mengembalikan buku-buku lagu itu untuk ibadah Ahad. 

Terdahulu, dalam satu laporan terbaru media, Father Cyril yang merupakan paderi tempatan untuk Church of St. Andrew di Muar, mengatakan bahawa dia "berulangkali memberitahu polis bahawa buku-buku lagu itu adalah untuk orang-orang saya di gereja saya dan bahawa saya ingin menggunakannya untuk ibadah dengan anggota-anggota gereja Orang Asli di Bekok, Tangkak".

"Bagaimana pun, polis memberitahu saya bahawa mereka menunggu arahan dari pihak atasan sebelum mereka boleh memutuskan apa yang harus dibuat dengan buku-buku itu."

Menerangkan mengenai perlepasannya selepas ditahan seketika, dia berkata peguamnya memberi peringatan kepada polis di balai itu bahawa "hal ini boleh menjadi besar" jika mereka meneruskan apa yang mereka ingin lakukan "dan selepas banyak rundingan, dia dilepaskan, tetapi buku-buku lagu itu telah ditahan oleh polis". 

Paderi itu bercadang membawa perkara itu ke mahkamah jika buku-bukunya tidak dilepaskan. Dia memerlukannya untuk ibadah Krismas.

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Johor Cops Waiting For AG On Seized Hymn Books" penulisan Lin KayKay bertarikh 14 Disember 2014)