Khamis, 10 September 2015

Biar Orang-Orang Kristian Import Bahan Cetakan Dengan Kalimah Allah, Pemimpin Agama Memberitahu Putrajaya

Lapan CD yang mengandungi kalimah Allah ini telah dikembalikan kepada Jill Ireland

Seorang pemimpin agama hari ini memberitahu Putrajaya agar mengikuti perintah mahkamah berkenaan pengimportan bahan cetakan dan barangan keagamaan yang mengandungi kaliman Allah, berikutan perintah untuk mengembalikan 8 CD yang telah dirampas tujuh tahun yang lalu daripada seorang wanita Kristian Sarawak.

Pastor Alfred Rosmin Tais, setiausaha eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dua bulan yang lalu yang memberi perintah kepada Kementrian Dalam Negeri untuk mengembalikan lapan CD itu kepada Jill Ireland bererti orang-orang Krisitan boleh mengimport bahan-bahan tersebut untuk kegunaan peribadi dan untuk menjalankan pendidikan keagamaan.

"Pihak berkuasa harus menghormati keputusan mahkamah untuk membenarkan orang-orang Kristian untuk mengamalkan iman mereka secara bebas seperti terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan," dia memberitahu The Malaysian Insider selepas menerima lapan CD itu daripada pegawai-pegawai kementrian di Sepang hari ini.

Dia berkata masalah itu terjadi kerana terdapat "Napoleon-Napoleon kecil" dalam kementrian yang menjadi penghalang. 

Dia berkata terdapat 900,000 orang Kristian di Sabah, 1.2 juta orang di Sarawak dan 780,000 di Semenanjung, dan menambah bahawa hampir 50% daripada orang-orang Kristian yang bekerja dan tinggal di Semenanjung adalah daripada negeri-negeri Borneo itu. 

Peguam Ireland, Annou Xavier berkata keputusan mahkamah itu secara tidak langsung menyatakan bahawa orang-orang Kristian boleh mengimport bahan-bahan cetakan agama oleh kerana ianya bukan merupakan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. 

Tais yang telah menerima cakera-cakera padat itu bagi pihak Ireland, berkata bahawa Ireland tidak dapat datang sendiri untuk menerimanya secara peribadi kerana sedang bekerja. 

Dia telah menerima bahan-bahan itu daripada pegawai pembantu penguatkuasa Kementrian Dalam Negeri (Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks Al-Quran) Noor Hisham Hashim.

Dari kiri: Peguam Annou Xavier, setiausaha eksekutif NECF Pastor Alfred Rosmin Tais,
setiausaha agung SIB Semenanjung, Pastor Jasme Dairis dengan lapan CD itu

Yang telah mengiringi Tais adalah Xavier dan Jasme Dairis yang merupakan setiausaha agung Sidang Injil Borneo (bahagian Semenanjung). 

Tais berkata mereka telah menerima kembali bahan-bahan itu dengan perasaan yang bercampur-aduk.

"Kami gembira bahawa bahan-bahan itu telah dikembalikan akhirnya, tetapi sedih kerana telah mengambil masa tujuh tahun dbawa ke mahkahmah," tambahnya. 

(Terjemahan petikan daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Let Christians Import Printed Material With 'Allah', Religious Leader Tells Putrajaya" penulisan V. Anbalagan bertarikh 10 September 2015)