Sabtu, 19 September 2015

Doa 25 Jam Di Sibu Berakhir Dengan Mesej Kasih

Sekumpulan pemuda-pemudi mengibarkan bendera Malaysia dan negeri semasa penutupan 

SIBU: Perhimpunan Doa 25 Jam Untuk Malaysia di Sibu Gateway berakhir pada Rabu malam dengan mesej kasih.

Biskop Sibu, Right Reverend Joseph Hii berkata respon hebat untuk perhimpunan itu adalah petunjuk kesyukuran umat sebagai rakyat Malaysia. 

"Kami sesungguhnya bersyukur untuk menjadi rakyat Malaysia meskipun apa yang sedang terjadi di negara," katanya.

Dia berkata doa 25 jam itu telah membawa kesembuhan kepada semua orang Kristian dan tugas kini ialah untuk memastikan bahawa kasih ini kekal tinggal dalam keluarga, masyarakat dan dunia.

"Sebagai Kristian, kita semua mesti mati kepada diri sendiri, kita mesti mati kepada gereja-gereja kita dan kepada negara, supaya kita dapat memberi kehidupan kepada orang lain dan untuk membawa berkat kepada orang lain," katanya.



Lilin-lilin telah dinyalakan pada perhimpunan itu dan orang ramai telah digalakkan untuk membawa lilin itu kembali ke rumah sebagai simbol bahawa mereka adalah terang dan garam Malaysia.

Hii kemudian memimpin perhimpunan untuk bersorak "Malaysia, Tuhan Memberkatimu", "Malaysia, Yesus Menyembuhkanmu" dan "Malaysia, Roh Kudus Menyertaimu".

Sementara itu terdapat juga persembahan-persembahan pada upacara penutup itu.

Semua pastor dari pelbagai gereja juga bergabung untuk menyanyikan "Malaysia Bagi Kemuliaan-Mu", "This Is My Father's World" dan "Celebrate Jesus Celebrate".


Pastor-pastor dan paderi-paderi pelbagai gereja di Sibu menyanyi sewaktu upacara penutup

(Diterjemahkan daripada artikel The Borneo Post bertajuk, "25-Hour Ends With Message of Love" penulisan Jane Moh bertarikh 18 September 2015)