Isnin, 9 November 2015

Dengarkanlah Ibubapa-Ibubapa Dayak, PKR Menggesa Ketua Menteri Sarawak Mengenai Penghantaran Ustaz

Ketua PKR Sarawak Baru Bian menolak kenyataan menteri negeri Datuk Fatimah Abdullah
bahawa ibubapa-ibubapa Dayak adalah "terlalu sensitif", dengan berkata pengalaman 
lampau menunjukkan bahawa kebimbangan mengenai guru-guru Muslim menukar agama 
atau cuba menukar agama pelajar-pelajar Kristian di Sarawak adalah berasas (Foto TMI)

Seorang ahli pihak pembangkang dewan undangan negeri hari ini meminta kerajaan Sarawak untuk peka kepada kehendak ibubapa-ibubapa Dayak yang menentang penghantaran seorang ustaz dari Semenanjung untuk menjadi guru besar di sebuah sekolah pedalaman. 

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata inilah masanya untuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menunjukkan keseriusannya untuk menuntut kembali autonomi ke atas pendidikan, dengan mengambil pendirian terhadap keputusan-keputusan Putrajaya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat Sarawak. 

"Saya menggesa kerajaan untuk sensitif kepada kehendak ibubapa-ibubapa sekolah itu, terutamanya memandangkan keadaan yang begitu sensitif dalam hal penukaran agama di negeri ini," kata ahli undangan negeri Ba Kelalan itu. 

Dia berkata ianya bukan salah untuk ibubapa-ibubapa merasa "sensitif secara perkauman dan keagamaan" mengenai isu berkaitan perlantikan Ustaz Ruslin Che Mood sebagai guru besar SMK Sg. Paoh berdekatan Sarikei, sebuah bandar di bahagian tengah Sarawak. 

"Saya boleh memahami reaksi ibubapa-ibubapa memandangkan insiden-insiden penukaran agama atau cubaan-cubaan penukaran agama pelajar-pelajar Kristian oleh guru-guru Muslim dari Semenanjung Malaysia.

"Mereka tidak terlalu sensitif," katanya membangkang kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Fatimah Abdullah, menteri negeri untuk kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga, dan yang juga bertanggungjawab ke atas hal-hal pendidikan di negeri itu.

Datuk Fatimah dilaporkan sebagai mengatakan bahawa ibubapa-ibubapa Dayak dan kumpulan-kumpulan berkepentingan harus berhenti merasa "sensitif secara perkauman dan keagamaan" mengenai penghantaran guru itu.

Dia memberi jaminan bahawa kementrian pendidikan telah memeriksa dengan terperinci latar belakang Ruslin oleh kerana mereka menyedari sentimen tempatan orang-orang Dayak terhadap guru-guru agama dari Semenanjung.

Baru berkata bahawa dengan menolak ke tepi kebimbangan ibubapa-ibubapa itu dan memberitahu mereka untuk berhenti merasa sensitif tidak membantu untuk mengurangkan kebimbangan mereka. 

Dia juga berkata bahawa sukar untuk dipercayai bahawa tidak ada orang Sarawak, terutama orang Dayak, yang layak untuk jawatan itu.

"Mesti ada orang Sarawak yang berkebolehan dan layak untuk jawatan itu."

Kumpulan-kumpulan Dayak seperti Persatuan Dayak Sarawak (Pedas), juga telah menyertai protes itu. 

Kumpulan itu berkata bahawa guru besar baru itu seharusnya seorang yang "arif dengan budaya dan tradisi tempatan" oleh kerana pemahaman seperti itu akan membina hubungan rapat dengan masyarakat tempatan. 

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider" bertajuk "Listen To Dayak Parents, PKR Tell Sarawak CM Over Religious Teacher Posting" penulisan Desmond Davidson bertarikh 8 November 2015)